23/07/2025
MALAM APRESIASI KELAB KARATE IPD SUBANG JAYA
SEMPENA 24th MILO INTERNATIONAL (CLUB) OPEN KARATE CHAMPIONSHIP 2025
π
Tarikh: 22 Julai 2025
π Tempat: Dewan Serbaguna IPD Subang Jaya
Malam Apresiasi Kelab Karate IPD Subang Jaya telah berlangsung dengan penuh meriah sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan para atlet serta dedikasi para jurulatih sempena penyertaan dalam 24th MILO International (Club) Open Karate Championship 2025 yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2025 di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Majlis ini menjadi medan untuk meraikan pencapaian atlet-atlet cilik yang telah mempamerkan semangat juang tinggi serta prestasi membanggakan di pentas antarabangsa. Sijil kemenangan dan pingat telah disampaikan oleh YDH ACP Wan Azlan bin Wan Mamat, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, dan Inspektor Ahmad bin Tajudin kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kejayaan mereka. Turut disampaikan ialah sijil penghargaan kepada barisan Sensei dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing atlet sepanjang persediaan menuju kejohanan.
Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil pengurusan kelab, diikuti tayangan montaj video kejohanan, serta sesi bergambar bersama atlet, jurulatih dan para tetamu kehormat. Suasana majlis berlangsung dalam semangat penuh kekeluargaan dan kesatuan, mencerminkan nilai-nilai murni dalam dunia karate.
Pihak kelab turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, jurulatih, pengurus pasukan dan ahli kelab yang telah memberikan komitmen padu dalam menjayakan penyertaan kelab ke kejohanan kali ini.
Diharapkan kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada semua ahli untuk terus berlatih dengan gigih dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
βBersatu, Berjuang, Berjaya!β πͺπ»π₯π€π₯