21/08/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH
DARIPADA ASAS
KEJOHANAN SOFBOL SUKMA 2026
Amateur Softball Association of Selangor (ASAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan, kerjasama, komitmen serta sokongan dalam menjayakan Kejohanan Sofbol SUKMA 2026.
Penghargaan khusus ditujukan kepada:
SEKRETARIAT SOFBOL SUKMA 2026
Atas komitmen, perancangan dan penyelarasan sepanjang berlangsungnya kejohanan.
PERSATUAN SOFBOL MALAYSIA
Atas sokongan, kerjasama dan kepakaran yang diberikan dalam memastikan pertandingan dilaksanakan dengan baik.
BARISAN PENGADIL SOFBOL MALAYSIA
Atas profesionalisme, integriti dan komitmen dalam memastikan setiap perlawanan berlangsung dengan adil serta mengikut peraturan pertandingan.
PENGURUSAN TEKNIKAL KEJOHANAN
Atas kerja keras dan kecekapan dalam mengurus serta memastikan segala aspek teknikal kejohanan berjalan lancar.
SEMUA KONTINJEN SOFBOL SUKMA 2026
Terima kasih kepada para atlet, jurulatih, pengurus dan pegawai pasukan dari seluruh negeri atas penyertaan, semangat juang serta semangat kesukanan yang dipamerkan.
PARA SUKARELAWAN
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjadi antara tulang belakang kejohanan melalui sumbangan masa, tenaga dan khidmat sepanjang penganjuran.
RAKAN STRATEGIK & PENGURUSAN FASILITI
Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan dalam menyediakan kemudahan serta memastikan kelancaran operasi kejohanan.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Terima kasih atas kerjasama, kemudahan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran kejohanan.
PARA PENAJA & RAKAN KERJASAMA
Penghargaan atas kepercayaan, sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada kejohanan serta pembangunan sukan sofbol.
PENYOKONG & ORANG RAMAI
Terima kasih kepada keluarga, penyokong dan seluruh komuniti sofbol yang hadir memberikan sokongan serta memeriahkan kejohanan.
TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG
ASAS turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua negeri yang berjaya meraih pingat dalam acara Sofbol SUKMA 2026.
Kepada semua pasukan yang bertanding, kemenangan bukan hanya diukur melalui pingat, tetapi juga melalui semangat juang, disiplin, persahabatan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Kejayaan penganjuran ini adalah kejayaan kita bersama.
Terima kasih atas segala sumbangan.
Tahniah kepada semua pemenang.
Syabas kepada seluruh warga Sofbol SUKMA 2026.
DARIPADA
AMATEUR SOFTBALL ASSOCIATION OF SELANGOR (ASAS)
BERSAMA MEMBANGUN & MEMARTABATKAN SOFBOL