29/09/2020
📜 | FELDA UNITED FC SELESAI PROSES MELENGKAPKAN DOKUMENTASI PENSWASTAAN KELAB
Felda United FC merupakan salah satu pasukan yang telah mendapat kelulusan bagi penswastaan kelab. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa segala dokumentasi yang dihantar telah selesai dan diluluskan untuk penswastaan kelab bagi Felda United FC.
Jutaan terima kasih kepada pengurusan, ahli lembaga pengarah Felda United FC & semua yang terlibat atas kerja keras dalam melengkapkan dokumentasi penswastaan kelab.