05/02/2026
HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH
1. Kalau ingin meilhat hikmah sesuatu ujian, boleh mengambil iktibar kehidupan Dr. Malik Yatam. Sudah terlalu ramai orang bercakap mengenai beliau.
2. Saya teringat dua hadis Nabi SAW tentang kisah inspirasi Dr. Malik.
โููู ุฃูููุณู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ููุงููุ ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ๏ทบ:
โุฅูุฐูุง ุฃูุฑูุงุฏู ุงูููููู ุจูุนูุจูุฏููู ุงููุฎูููุฑู ุนูุฌูููู ูููู ุงููุนููููุจูุฉู ููู ุงูุฏููููููุงุ ููุฅูุฐูุง ุฃูุฑูุงุฏู ุงูููููู ุจูุนูุจูุฏููู ุงูุดููุฑูู ุฃูู
ูุณููู ุนููููู ุจูุฐูููุจููู ุญูุชููู ููููุงูููู ุจููู ููููู
ู ุงููููููุงู
ูุฉู
Maksudnya:
โApabila Allah menghendaki kebaikan kepada seorang hamba-Nya, Dia akan menyegerakan hukuman kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan kepada seorang hamba, Dia menangguhkan balasan dosanya sehingga disempurnakan balasan itu pada hari kiamat.โ
โ (Riwayat al-Tirmizi)
โูููู ุนูุธูู
ู ุงููุฌูุฒูุงุกู ู
ูุนู ุนูุธูู
ู ุงููุจูููุงุกูุ ููุฅูููู ุงูููููู ุฅูุฐูุง ุฃูุญูุจูู ููููู
ูุง ุงุจูุชูููุงููู
ูุ ููู
ููู ุฑูุถููู ูููููู ุงูุฑููุถูุงุ ููู
ููู ุณูุฎูุทู ูููููู ุงูุณููุฎูุทู
Maksudnya:
โSesungguhnya besarnya ganjaran itu bersama besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka. Maka sesiapa yang reda, baginya keredaan Allah. Dan sesiapa yang marah (tidak reda), baginya kemurkaan Allah.โ
โ (Riwayat al-Tirmizi,
3. Apabila Allah timpakan suatu ujian atau musibah, bersangka baiklah kepada Allah. Kerana tiada siapa oun mengetahui apa yang Allah akan kurniakan selepas daripada itu.
4. Ya, memang seseorang itu layak dikenakan hukuman atas kesalahannya, tetapi disebalik hukuman itu tersirat suatu hikmah yang sangat besar.
5. Dengan hukuman di dunia yang sangat berat, Allah telah mengampunkan segala dosanya dan dilepaskan azab di akhirat asalkan dia bertaubat. Bagaimana kita yang masih berterusan buat dosa tetapi terselamat daripada hukuma dunia? Maka berhati-hatilah dan segera bertaubat selagi bernyawa.
6. Dan kemuncak satu demi satu kebaikan yang Allah kurniakan kepada hambanya apabila dia REDHA. Ini adalah kunci terbesar dan terkuat untuk menjadi sebab Allah kasih dan cinta kepada kita. Kunci magnet rezeki, magnet segala kebaikan.
7. Dr. Malik menerima dan menghayati hadis ini dengan sempurna. Dia menerima segala qadha dan qadar seikhlas hati dan Allah simpan rahsia keredhaanNya di akhir perjalanan ini.
8. Tahniah dan terima kasih Dr. Malik Yatam atas kisah inspirasi ini. Banyak ilmu dan iktibar yang kami perolehi yang telah membuka mata hati kami untuk sabar, redha dan berusaha untuk berjaya.
9. Kami doakan agar Dr. Malik terus berjaya dan memberi manfaat kepada kami semua. Kiga kita semua diberi bimbingan untuk ke syurga.
10. Jika kita tercari-cari kekuatan untuk bangkit daripada kegagalan dan kekecewaan, ingatlah kata-kata ini,
โJatuhmu, sangat memeritkan, nampak jelek pada mata manusia.
Namun, bukanlah kehinaan yang perlu ditangisi tak sudah-sudah.
Tetapi ingatlah, ianya bahasa halus Tuhan yang memanggilmu pulang ke jalan yang lebih indah.โ
โJangan takut kepada kegagalan,
kerana luka yang paling dalam
sering melahirkan kekuatan yang paling agung.โ
UBF
Perunding Motivasi
Ketua Kluster Masjid Noble Malaysia