Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan

Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan Merancang & Menjalankan aktiviti-aktiviti Sukan Sepak Takraw. Mempromosi, menggalak & membangunkan Sukan Sepak Takraw.

Memilih & menilai pemain untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan Sepak Takraw.

Regu KESETABB dari Sri Aman muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong anjuran Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya...
10/02/2026

Regu KESETABB dari Sri Aman muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong anjuran Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, Sibu, semalam.

KESETABB menurunkan pemain gabungan senior dan junior sebagai strategi khas untuk memberi pendedahan pengalaman kepada pemain junior dalam pertandingan kali ini.

Regu KESETABB diwakili oleh Valentine Basat (Apit Kiri), Alistair Sandom (Apit Kanan), Roberto Keling (Tekong), Ricky Mamat (Tekong) serta Bain Jamu sebagai Apit Kanan simpanan.

Dalam peringkat kumpulan, KESETABB telah menjadi juara kumpulan selepas diundi bersama regu EVAVIOR (Bintangor), Sibu Jaya Fighter (Bomba Sibu Jaya) dan pasukan STGK (Kanowit).

Di peringkat akhir, KESETABB berdepan dengan regu My Spirit (Julau) dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-0, set pertama 15-11 dan set kedua 15-9, sekali gus dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong 2026.

Pasukan ini membawa pulang wang tunai RM700 berserta piala dan pingat sebagai penghargaan.

Menurut Pengurus Pasukan KESETABB, Alexander Frusis, kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan berterusan dan kerjasama mantap antara pemain senior dan junior.

Beliau juga menekankan kepentingan memberi peluang kepada pemain muda untuk berdepan pengalaman pertandingan sebenar demi pembangunan sukan sepak takraw di peringkat tempatan.

Selain itu, Alexander berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda untuk menceburi sukan sepak takraw serta memperkuatkan pasukan KESETABB pada masa akan datang.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong dan peminat sukan tempatan, sekali gus memperkukuhkan lagi semangat kesukanan di kalangan masyarakat di kawasan DUN Dudong.

Oleh Adi Safarman @ Utusan Sarawak.

https://utusansarawak.com.my/regu-kesetabb-muncul-juara-pertandingan-sepak-takraw-piala-dun-dudong/?fbclid=IwdGRzaAPthLJjbGNrA-2EaGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHi5UPeCGl7hU8eJdrnmlP53RMdWrtVBQj713RL26obXgN_hNWJsq7HIKOUZR_aem_0P4jF6LSnNa0TMN0nutsqA&sfnsn=wa

KENYATAAN MEDIA8 Januari 2026Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi pa...
08/01/2026

KENYATAAN MEDIA
8 Januari 2026

Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi pada 7 Januari 2026. Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara berkenaan prestasi sukan sepaktakraw sepanjang tahun 2025 yang lalu dan perancangan PSM bagi tahun 2026.

PSM merakamkan ucapan tahniah dan syabas khususnya kepada Pasukan Sepaktakraw Kebangsaan yang telah berjaya melakar sejarah memenangi pingat emas dalam acara berpasukan dan regu di Sukan Sea 2026 Thailand baru-baru ini.

Terima kasih juga kepada semua peminat dan penyokong pasukan sepaktakraw kebangsaan diseluruh negara atas sokongan serta doa sehingga kejayaan besar ini
dicapai.

Bagi tahun 2026, beberapa kejohanan utama peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan diadakan antaranya Piala Emas Khir Johari, Piala Tun Ali, Sukan Asia 2026 dan STL 2026. Pada tahun ini juga PSM telah diberikan mandat oleh
ISTAF untuk Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepaktakraw 2026 di Kuala Lumpur yang bakal melibatkan penyertaan daripada 26 buah negara. Penganjuran kejohanan ini juga bersempena dengan tahun melawat malaysia 2026.

PSM turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ISTAF di atas
pengiktirafan yang diberikan kepada Mohd Syahir Rosdi sebagai Pemain Tekong Terbaik Dunia.

Selain itu, NSTDP bagi tahun ini akan ditambahbaik berbanding tahun lalu bagi
memastikan program pembangunan pemain sepaktakraw lelaki dan wanita diperluaskan di seluruh negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain pelapis diperingkat negeri dan negara.

Disamping itu, kursus-kusrus dan bengkel-bengkel kejurulatihan dan pengadilan akan diadakan sepanjang tahun 2026 bagi memberi ruang kepada mana-mana individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan pengadilan.

Harapan PSM bagi tahun 2026 ini adalah untuk terus membina kejayaan dan kecemerlangan sukan sepaktakraw negara serta meraih lebih banyak kejayaan yang membanggakan.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI ABIDULLAH BIN HAJI SALLEH
Setiausaha Agung
Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)




Terima kasih dan Tahniah pemain Senior & Junior Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB). Congratulations to our Pres...
12/10/2025

Terima kasih dan Tahniah pemain Senior & Junior Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB).

Congratulations to our President Bain Jamu for your achievements. Thank you Alexander Frusis kerana selalu menyokong kami.

Sepak Takraw @ Libas sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman.Syarat - Syarat Am. 1. Sa...
29/09/2025

Sepak Takraw @ Libas sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman.

Syarat - Syarat Am.

1. Satu Regu hanya membenarkan 5 orang sahaja pemain (termasuk Pengurus Pasukan).

2. Warganegara Malaysia sahaja.

3. Kiraan mata 15:15:15 (Lanjutan mata ke 17, sekiranya 14 sama)

4. Semua peraturan terkini PSM, ASTAF & ISTAF diguna pakai.

5. Tiada sebarang bantahan dibenarkan.

6. Baju seragam dengan nombor baju adalah digalakkan.

7. Armband adalah wajib untuk Kapten pasukan.

8. Format pertandingan adalah liga kumpulan. Juara & Naib Juara kumpulan akan mara ke Peringkat kalah singkir.

9. Pengurus pasukan harus memastikan pemain tidak terlibat dengan sebarang pengaruh alkohol, dadah atau yang berkaitan.

10. Nama pasukan tidak boleh melibatkan nama-nama ekstrim berkaitan (bangsa, Politik atau judi).

11. Yuran penyertaan RM50.00 / Regu.

12. Tarikh tutup penyertaan 08.10.2025 & 02:00 Petang.

13. Tarikh cabut undi 10.10.2025 @ 03:00 Petang.

Hadiah:

Juara: RM500 + Piala + Medal + Sijil

Naib Juara: RM250 + Medal + Sijil

Ketiga Bersama: RM100 + Medal + Sijil

Kejohanan Sepak Takraw Piala Merdeka anjuran Belia Skim Skrang Edisi ke-2 / 2025. Keputusan Rasmi:JUARA: KESETABB ANAIB ...
27/08/2025

Kejohanan Sepak Takraw Piala Merdeka anjuran Belia Skim Skrang Edisi ke-2 / 2025.

Keputusan Rasmi:

JUARA: KESETABB A

NAIB JUARA: SABERKAS BATANG AI C

KETIGA BERSAMA:
KESETABB B
RANCAH TC

Sekalung Tahniah kepada semua pemain KESETABB yang telah memberi komitmen & menyarung jersi KESETABB untuk Kejohanan kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pengurusan Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada Kelab. Terima kasih Saudara Presiden Kelab Bain Jamu diatas komitmen yang berterusan.

Admin SS.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB) diatas kejayaan sekaligus dinobatkan sebagai ...
19/08/2025

Setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB) diatas kejayaan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Libas Sepak Takraw Pesta Pantu 2025 hujung minggu lepas.

Terima kasih kepada seluruh pemain KESETABB A & B dan pengurus pasukan yang telah menampilkan aksi terbaik dan mengekalkan kediplinan yang tinggi sepanjang kejohanan yang berlangsung.

18/11/2024
Kursus Pengadil Sepak Takraw Sarawak.
18/11/2024

Kursus Pengadil Sepak Takraw Sarawak.

Berakhir sudah kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Kementerian Belia dan Suka...
29/08/2023

Berakhir sudah kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Sri Aman (PESTASA) pada ahad lalu.

Syukur & tahniah kepada regu Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB) yang berjaya dinobatkan sebagai Juara pada Kejohanan kali ini. KESETABB menerusi Presiden Kelab Sdr Bain Jamu & Ketua Jurulatih Sdr Tom James menurunkan pemain Belia KESETABB yang diwakili Adik Furguson Rabi, Aquinas Andin (Apit Kanan), Lizarus Mail (Apit Kiri) & Hilary Dundang serta Adelly July (Tekong) berjaya melangkah ke Peringkat Akhir setelah melalui jalan sukar di Peringkat Suku Akhir. Namun, berbekalkan semangat juang & displin yang tinggi, rezeki KESETABB B bergelar Juara tidak salah alamat.

Perlawanan Akhir menyaksikan regu KESETABB B berjaya mengatasi regu Brotherhood B dengan kiraan mata yang sengit sekaligus berjaya meletakkan regu Brotherhood B selaku Naib Juara. Untuk makluman umum, regu KESETABB B & BROTHERHOOD B akan mewakili Sri Aman ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri yang akan diadakan pada bulan hadapan. Mohon titipkan doa semoga dipermudahkan segala urusan diperingkat Negeri nanti.

Selaku Penaung Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, para pasukan teknikal & semua pengurus pasukan yang menyertai Kejohanan LSK kali ini. Semoga ia menjadi kenangan & pengalaman yang berharga buat semua. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan.

Jika tanya saya, saya menzahirkan rasa syukur dengan corak permainan & prestasi pemain yang ditonjolkan sepanjang Kejohanan berlangsung. Kunci nya adalah;

1. Displin luar & dalam Gelanggang.
2. Percaya kepada pemain.
3. Percaya kepada pencaturan Jurulatih.

Dengan ini secara rasmi nya, saya ingin mengumumkan beberapa pemain Belia KESETABB yang terpilih akan menjalani latihan bersama sebuah Kelab Sepak Takraw di Semenanjung Malaysia yang merupakan Kelab tersohor di Kejohanan Sepak Takraw League (STL) 2022 / 2023. Kerjasama rentas kelab ini akan dimuktamadkan setelah Memorandum of Understanding (MOU) ditandatangani.

Terima kasih.

Alexander Frusis
Penaung KESETABB

~ TRUST THE PROCESS ~

Nantikan kemunculan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman edisi 2 / 2023 Piala YB Datuk Mong Dagang ADUN N31 Bukit Beg...
21/07/2023

Nantikan kemunculan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman edisi 2 / 2023 Piala YB Datuk Mong Dagang ADUN N31 Bukit Begunan.

2 Kategori akan dipertandingkan Lelaki Terbuka dan Belia (Bakat Baru).

Syarat & Tarikh Pertandingan rasmi akan diumumkan setelah pihak penganjur mendapat persetujuan bersama.

Stay tune guys.!

22/02/2023

ADUN LINGGA SUNTIK SEMANGAT SKUAD SRI AMAN GATORS

PEMAIN, jurulatih serta pengurusan skuad Sri Aman Gators telah melakukan kunjungan hormat keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor di Pejabat Pusat Khidmat DUN Lingga, pagi tadi.

Mengetuai rombongan iaitu Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA), Zaidil Ripin, Setiausaha Kehormat PESTASA, Awang Mazelan Awang Majit dan Ketua Jurulatih Sri Aman Gators, Abdul Karim Haji Mohd Bakri.

Dayang Noorazah berkata skuad Sri Aman Gators diharapkan membawa pulang kejayaan dalam pusingan akhir Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2023 yang bermula hujung minggu ini di Dewan Pelbagai Guna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Petra Jaya Kuching.

Beliau berkata adalah tidak mustahil impian itu dapat direalisasikan sekiranya mentaliti ingin menang diterapkan dalam diri setiap individu mewakili pasukan ini, namun dalam apa jua pertandingan pasti ada cabaran yang perlu dihadapi.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM2,000 sebagai perbelanjaan persiapan pasukan Sri Aman Gators ke kejohanan itu nanti.

Sri Aman Gators yang dibentuk ini adalah merupakan gabungan pemain berpengalaman dan muda (bawah 18 tahun) untuk membentuk dua regu iaitu Sri Aman Gators A dan Sri Aman Gators B pada penyertaan kali ini.

Sri Aman Gators dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Abdul Karim Hj Mohd Bakri dan dibantu oleh Fitri Ramzee Ramlee. Turut membimbing pasukan iaitu Abang Suffian Abang Narawie, Shukor Shaidie dan Alexander Frusis.

Dayang Noorazah Hj Awang Sohor
ARENA Sukan Simanggang

22/02/2023

Address

Pejabat Urusan Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan, Tingkat 1, Sublot 7, Lot 1524, Block 3, Jalan Bayu
Sri Aman
95000

Telephone

+60196962146

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan:

Share

Category