Trusmadi Motor Rider -TMR- Official

Trusmadi Motor Rider -TMR- Official Trusmadi Motor Rider Merupakan sebuah pertubuhan atau kelab sukan permotoran .

selain aktiviti permotoran & konvoi, persatuan ini juga aktif menjalankan programยฒ kemasyarakatan & kebajikan di kawasan Trusmadi Sook.

27/08/2026

๐ŸŽ‰ *PELANCARAN DESIGN BAJU BARU TRUSMADI MOTOR RIDER (TMR)*๐ŸŽ‰
(Khas untuk semua ahli berdaftar TMR)๐Ÿชช

โœ… Koleksi baju rasmi kini dibuka untuk tempahan ๐Ÿ›’

Syarat Tempahan:
โ€ข Eksklusif hanya untuk ahli berdaftar TMR sahaja. โœ…
โ€ข Maklumat lanjut & Tempahan hendaklah dibuat melalui Pengerusi Kawasan masing-masing.โœ…

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ
โ€Dapatkan segera sebelum terlambat!โ€
๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

โ€œTMR RIDE FOR HUMANITYโ€

LAWATAN HORMAT TRUSMADI MOTOR RIDER (TMR) KE PEJABAT DAERAH SOOK ๐Ÿ๏ธSatu pertemuan dan lawatan hormat daripada barisan Ma...
25/06/2026

LAWATAN HORMAT TRUSMADI MOTOR RIDER (TMR) KE PEJABAT DAERAH SOOK ๐Ÿ๏ธ
Satu pertemuan dan lawatan hormat daripada barisan Majlis Tertinggi Trusmadi Motor Rider (TMR) telah diadakan bersama Pegawai Daerah Sook, Yang Berbahagia Tuan Hasinin bin Kinsim bertempat di Pejabat Daerah Sook hari ini (25 Jun 2026 Khamis)
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta membincangkan beberapa agenda penting demi kemajuan TMR sendiri dan komuniti setempat.

๐Ÿ“Œ Antara pengisian dan fokus utama perbincangan:

1. Pengenalan TMR:
Presiden TMR, En. Mohd Aziri Mohd Osman, memberikan penerangan terperinci mengenai latar belakang, visi, dan misi penubuhan kelab TMR kepada pihak Pejabat Daerah.

2. Cadangan Sekolah Memandu Sook:
Perbincangan mendalam mengenai usaha dan perancangan menubuhkan sebuah Sekolah Memandu di daerah Sook bagi kemudahan penduduk setempat.
3. Program Keusahawanan (Pelancongan & Pertanian):
Cadangan kolaborasi strategik dalam merancakkan sektor ekonomi belia melalui aktiviti agropelancongan dan pertanian.
4. Taklimat TMR Amban Resort:
Pegawai Daerah turut diberi taklimat khusus mengenai pembangunan Pusat Rekreasi / Taman yang dinamakan TMR Amban Resort, yang disampaikan oleh pengarah taman En. Julay.

๐Ÿค Reaksi Positif & Sokongan Padu Pihak Daerah
Pertemuan ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada Tuan Pegawai Daerah Sook. Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap aktiviti dan program yang digerakkan oleh TMRโ€”terutamanya usaha penubuhan Sekolah Memandu Sookโ€”serta sedia menawarkan bantuan dan kerjasama yang diperlukan pada masa akan datang.

Lawatan ini dihadiri seramai 16?orang ahli Majlis Tertinggi TMR, antaranya Pengerusi TMR En. Alfian, Timbalan Presiden Tuan Hamzah, serta barisan kepimpinan TMR yang lain.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah Sook atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga ruang kerjasama ini membuka lebih banyak peluang impak positif kepada masyarakat Sook!

Laporan disediakan oleh
Edan @ Abd Wahab
Media TMR

20/03/2026

Selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh warga Trusmadi Motor rider dan seluruh umat muslimin muslimat di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia. Maaf Zahir & Batin

20/11/2025

Musim Pilihan Raya adalah musim yang paling sibuk bagi para Riders TMR kerana banyak tempahan untuk konvoi pengiring motosikal calon2 yang bertanding.

Kami TMR secara umumnya bukan persatuan Politik secara langsung, namun ahli-ahlinya adalah bebas dengan idealogi masing-masing โ€ฆ

So, mana-mana pihak yang inginkan khidmat Konvoi Pengiring Motosikal , bah .. kita runding sampai jadi.

๐Ÿ”ฅ TMR Mantap! Mesyuarat Pengurusan Trusmadi Motor Rider Berlangsung Penuh SemangatKENINGAU, 21 Sept 2025 โ€“ Mesyuarat Pen...
22/09/2025

๐Ÿ”ฅ TMR Mantap! Mesyuarat Pengurusan Trusmadi Motor Rider Berlangsung Penuh Semangat

KENINGAU, 21 Sept 2025 โ€“ Mesyuarat Pengurusan Trusmadi Motor Rider (TMR) yang berlangsung di Hotel Perkasa, Keningau semalam berjaya dilaksanakan dengan kehadiran dari ahli-ahli penting dan bermakna daripada AJK tertinggi TMR Pusat, pengerusi-pengerusi kawasan, serta ahli jemputan khas.

Mesyuarat bermula jam 10 pagi itu dipengerusikan oleh Saudara Alfian Linggi, selaku Pengerusi TMR, dan turut diserikan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden TMR, Tuan Aziri Mohd Osman.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang berjaya menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. Beliau juga menjelaskan bahawa meskipun aktiviti TMR agak perlahan sejak kebelakangan ini (akibat masalah-masalah tertentu) kini tiba masanya untuk mengaktifkan semula persatuan melalui pelbagai program kemasyarakatan, kesukarelawanan, serta penganjuran Sukan Komuniti yang akan diadakan di kawasan Transpegalan.

Beliau turut menyeru setiap ketua kawasan untuk menggerakkan kembali ahlinya, di samping memastikan pungutan yuran bulanan berjalan lancar bagi mengukuhkan tabung dana TMR di setiap kawasan untuk tujuan kebajikan dan aktiviti bermanfaat.

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirai, jemputan khas Tuan Sakim Ibrahim, yang juga Pengerusi Persatuan Peladang, memberikan perkongsian bernas berkaitan isu semasa politik, peluang perladangan, serta motivasi dan idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi memperkasa lagi TMR di masa hadapan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini, Tuan Hamzah selaku Timbalan Presiden TMR, Tuan Salim Linggi selaku Audit TMR, Tuan Aik Mangkir Ketua Keselamatan TMR, Tuan Fazli Pengerusi TMR Transpegalan, Tuan Batin, dan beberapa pengerusi kawasan TMR dari pelbagai kampung dan beberapa ahli-ahli TMR yang datang memberi ilham dan cadangan-cadangan bernas.

Walaupun terdapat beberapa ketua kawasan yang tidak dapat menghadirkan diri atas faktor tertentu, mesyuarat kali ini tetap dianggap sangat berjaya serta mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan hala tuju TMR.

Semoga mesyuarat ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan dan kejayaan Trusmadi Motor Rider sebagai sebuah persatuan yang bukan sahaja aktif dalam dunia permotoran, tetapi juga peneraju kegiatan kemasyarakatan, kebajikan, dan pembangunan belia di Sabah Khususnya di kawasan TRUSMADI (kawasan DUN Tulid)

Terima kasih โ€œPAHLAWAN kami.Pengorbanan dan Jasa Allahyarham MASEDEH ROSMIN STAFF SESB Keningau yang terkorban semasa me...
19/09/2025

Terima kasih โ€œPAHLAWAN kami.
Pengorbanan dan Jasa Allahyarham MASEDEH ROSMIN STAFF SESB Keningau yang terkorban semasa menjalankan tugas selamanya kami sanjung dan hargai. ๐Ÿซก

Salam Takziah buat seluruh keluarga yang ditinggalkan dan semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

11/06/2025
30/03/2025

Salam Aidil Fitri untuk semua rakan2 muslim khususnya seluruh ahli keluarga besar TMR . Maaf Zahir dan Batin โ€œRide For Humanityโ€

01/03/2025

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh warga TMR muslim dan muslimat. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat sepanjang bulan Mulia ini.

05/10/2024

Syabas dan Tahniah
"Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar"

Kepada

Ybhg. Datuk Jumain Abd Ghani
Pengarah JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS)

Atas penganugerahan pingat
๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐‘ฎ๐’†๐’Ž๐’Š๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’‹๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– (๐‘ท.๐‘ฎ.๐‘ซ.๐‘ฒ)

yang membawa gelaran ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’–๐’Œ

Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di- Pertua Negeri Sabah tahun 2024

Ikhlas daripada
1. Badan Dakwah Daerah Sook
2. Trusmadi Motor Rider -TMR- Official
3. Nadwah Production Studio
4. Squad JOM LEPAK SURAU

Address

Sook

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trusmadi Motor Rider -TMR- Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Trusmadi Motor Rider -TMR- Official:

Shortcuts

Share

Category