Precision Outdoors

Precision Outdoors Gear For Explorers and Adventurers

24/06/2025

Gunung Pulai, Destinasi Eko-Pelancongan Pilihan

Selami keindahan semula jadi di Gunung Pulai, Kulai – lokasi mendaki yang dikelilingi hutan tropika, air terjun memukau dan udara segar yang menyegarkan. Sesuai untuk pencinta alam dan pencari ketenangan.

πŸ“ Gunung Pulai, Kulai, Johor
🏞️ Aktiviti: Hiking, air terjun, fotografi
🌿 Destinasi wajib Tahun Melawat Johor 2026!

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Gunung Pulai, A Hidden Gem for Eco-Tourism

Discover the natural beauty of Gunung Pulai in Kulai – a scenic hiking destination surrounded by lush tropical forest, refreshing waterfalls, and crisp mountain air. Perfect for nature lovers and outdoor explorers.

πŸ“ Gunung Pulai, Kulai, Johor
🏞️ Activities: Hiking, waterfall dip, nature photography
🌿 A must-visit spot for Visit Johor Year 2026!

Notis Penutupan Sementara Trek Pendakian Gunung Lambak, Kluang , Johor.
16/05/2025

Notis Penutupan Sementara Trek Pendakian Gunung Lambak, Kluang , Johor.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Haf...
21/11/2024

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor di atas Ucapan Belanjawan Johor Tahun 2025 yang bertemakan β€œMaju Johor, Rakyat Sejahtera.”

JPNJ juga menyambut baik pembentangan Belanjawan Johor 2025 ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YAB Menteri Besar Johor demi melestarikan ekopelancongan dan alam semulajadi Negeri Johor.


Notis Penutupan Taman Eko Rimba (TER) Gunung Pulai dan Trek Pendakian Gunung Pulai, Kulai. #𝐉𝐏𝐍𝐉
11/06/2024

Notis Penutupan Taman Eko Rimba (TER) Gunung Pulai dan Trek Pendakian Gunung Pulai, Kulai.

#𝐉𝐏𝐍𝐉

Nak Gi Camping ke Berperang Bang?
11/09/2023

Nak Gi Camping ke Berperang Bang?

Tahniah Iron Man Sabah, Yohan Charles Jayasuriya πŸ‘πŸ» ! Akhirnya, berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu dalam percubaan kal...
27/07/2022

Tahniah Iron Man Sabah, Yohan Charles Jayasuriya πŸ‘πŸ» ! Akhirnya, berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu dalam percubaan kali ke 2! Sekali sekala tidak perlu terbang kalau boleh bejalan kan πŸ˜†. Berat baitu costume dia, tapi berjaya juga sampai ke puncak.. Hebat bossku πŸ‘πŸ»!
(Percubaan tahun 2020 tidak berjaya kerana cuaca tidak mengizinkan)

Kredit : Ironman Sabah

Balak oh Balak
28/12/2021

Balak oh Balak

ade sorang abng beca bercerita kat admin.. kisah terjadi mengalami sungguh sedih dan menyayat hati.. tentang terjadi kegemparan dunia.. kebakaran dan banjir melanda.. musibah menimpa ke atas dunia.. rakyat jadi sengsara..

PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI PAHANGOleh Khaidir Ahmad (Wartawan Tua)1. Saya sungguh terk...
25/12/2021

PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

Oleh Khaidir Ahmad
(Wartawan Tua)

1. Saya sungguh terkejut apabila menerima satu salinan surat kelulusan β€œmenggondolkan”Hutan Simpanan Kekal Lakum di DUN Lanchang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang kepada sebuah syarikat persendirian beralamat di Kuantan. (Sila rujuk foto surat).

2. Surat itu dihantar kepada saya selepas tular di media sosial video drone yang menunjukkan keadaan Hutan Simpanan Kekal Lakum yang gondol (gambar) dan dipercayai antara punca banjir luarbiasa yang merosakan ribuan rumah rakyat di lembangan Sungai Semantan di hilir kawasan berkenaan khususnya Lanchang, Mentakab dan Temerloh beberapa hari lalu.

3. Kandungan surat itu dengan jelas bukan sahaja membenarkan syarikat terbabit mengeluarkan saki-baki kayu jaras (sebelum ini hanya tebangan berpilih pokok dewasa dibenarkan bagi pembalakan Hutan Simpanan Kekal), tetapi juga β€œmenggondolkan” hutan berkenaan secara PAJAKAN kononnya bagi PENUBUHAN LADANG HUTAN.

4. PERSOALAN SATU: Dari mana Kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mendapat ilmu atau kaedah perhutanan yang mengatakan Hutan Simpan Kekal perlu gondol atau dibotakkan seperti dalam gambar bagi tujuan menanam semula anak benih pokok balak? Tidakkah secara azalinya spesis anak pokok balak seperti Merbau dan Meranti hanya boleh hidup dan membesar dalam persekitaran semulajadi yang teduh di celah-celah kanopi pokok hutan?

5. PERSOALAN DUA: Adakah sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat persendirian boleh sesuka hati memohon lesen memajak dan menggondolkan Hutan Simpan Kekal di Pahang seperti contoh surat kelulusan itu atau hanya syarikat kroni sahaja yang dibolehkan?

6. PERSOALAN TIGA: Bangsa manakah yang mendapat manfaat utama dari DASAR GONDOL DAN PAJAK HUTAN SIMPAN KEKAL oleh Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai sudah membabitkan ratusan ribu hektar setakat ini termasuk di Hutan Simpan Lesong, Hutan Simpan Kemasul, Hutan Simpan Tembeling, Hutan Simpan Lepar dan Hutan Simpan Endau Rompin? Adakah ia akan memberi manfaat kepada rakyat Melayu dan Pribumi temptan?

7. PERSOALAN EMPAT: Adakah kesemua Hutan Simpan Kekal yang sudah diluluskan mengikut DASAR GONDOL DAN PAJAK ini BETUL-BETUL akan ditanam dengan anak benih pokok Hutan seperti Merbau dan Meranti atau ia akan ditanam dengan pokok komersil seperti Musang King, Kelapa Sawit dan Getah?

8. PERSOALAN LIMA: Berapa ribu hektar lagi Hutan Simpan Kekal di Pahang yang sedang dan akan diluluskan menerusi DASAR GONDOL DAN PAJAK ini?

9. PERSOALAN ENAM: Adakah kawasan yang sudah DIGONDOL DAN DIPAJAK ini masih lagi berstatus Hutan Simpan Kekal dalam statistik pengurusan hutan simpan mapan yang sering diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno selama ini?

24/12/2021

Kerajaan Selangor Di Seret ke Mahkamah

Tebang lagi hutan. Jabatan hutan jaga hutan atau bersekongkol dengan ah long?

Sekumpulan peguam hak alam sekitar akan membuat tuntutan di mahkamah berikutan penebangan hutan yang didakwa menyebabkan banjir berterusan yang menenggelamkan sebahagian Selangor.

Kumpulan peguam tersebut tidak menafikan hujan lebat di Lembah Klang, khususnya Shah Alam namun perkara seperti ini tidak pernah berlaku, kesannya berpunca oleh kerajaan Selangor yang membenarkan pembinaan taman perumahan, kondominium, pusat beli-belah dan pelbagai aktiviti lain.

Mereka juga mendakwa sekalipun Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) berjaya diselamatkan daripada kemusnahan tetapi kerajaan Selangor telah menyatakan hasrat baru untuk memusnahkan bahagian tertentu Hutan Komuniti Shah Alam bagi tujuan pembangunan.

β€œPenebangan hutan yang berleluasa akan mengakibatkan banjir, tanah runtuh, dan kehilangan flora dan fauna. Oksigen yang kita sedut adalah ihsan daripada pokok-pokok ini"

Address

Pulaijaya
Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Precision Outdoors posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share