Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim

Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Taman Universiti, Taman Sri Pulai, Academy Darul-Huffaz, SMA Kota Tinggi & Balai Raya Komuniti Islam Taman Anggerik

Objektif Silat Cekak Hanafi:

1. Membanteras amalan tahyul dan khurafat dalam dunia persilatan Melayu.
2. Membudayakan budaya persilatan Melayu dalam masyarakat masa kini.
3. Bersilat demi menjaga keselamatan diri dan keluarga, bukannya untuk memulakan pergaduhan. Kelebihan Silat Cekak Hanafi:

1. Berdiri lurus.
2. 99% adalah mempertahankan diri dan 1% menyerang.
3. Silibus pelajaran yang mudah da

n ringkas.
4. Sesuai untuk golongan wanita.
5. Tidak mempunyai amalan tahyul dan khurafat.
6. Tidak meniru pergerakkan haiwan dalam persilatan.

07/06/2026

Cheras – 2 Jun 2026 telah diadakan Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Hanafi bagi siri kali ini. Seramai 42 orang calon berjaya menduduki ujian tersebut, termasuk dua calon dari negeri Johor. Tidak ketinggalan, dua orang jurulatih dari Johor turut serta menyumbang kepakaran sebagai tenaga penguji bagi sama-sama menjayakan sesi ujian tersebut.

04/06/2026

JEMPUTAN KE RERUAI & PERSEMBAHAN SILAT CEKAK HANAFI KEMPAS JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan penuh hormat, kami menjemput tuan-tuan, puan-puan serta seluruh masyarakat untuk hadir memeriahkan Reruai Silat Cekak Hanafi Kempas, Johor Darul Takzim dan menyaksikan Persembahan Silat Cekak Hanafi yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: Sabtu, 6 Jun 2026
📍 Tempat: Dataran Kejat JLand, Taman Dahlia, Johor

Datanglah beramai-ramai untuk mengenali warisan seni bela diri Melayu yang asli, menyaksikan demonstrasi silat yang menarik serta mendapatkan maklumat mengenai Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim
"Silat Cekak Hanafi – Asli Dan Murni"

Jumpa anda di Reruai Silat Cekak Hanafi Kempas, Johor Darul Takzim! ✨





03/06/2026

Kita mulakan JOJ Dun Kempas dengan Keberkatan !

Ayuh sama-sama kita mulakan hari dengan langkah terbaik melalui program Semarak Subuh Dun Kempas sempena Jelajah Orang Johor Dun Kempas sabtu ini.

Jom hadir bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Habis sahaja Semarak Subuh, kita get ready untuk Fun Walk !

Semoga pertemuan kita di rumah Allah menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan buat keluarga Kempas.

Jumpa di Semarak Subuh Dun Kempas!

03/06/2026




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidiladha.Pihak Persatuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil...
26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidiladha.

Pihak Persatuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli, barisan jawatankuasa, jurulatih, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada persatuan ini.

Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan perpaduan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan sesama ahli. Diharapkan segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf atas segala kekurangan, salah dan silap sepanjang menjalankan amanah dan urusan bersama.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan d...
16/05/2026

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan d...
16/05/2026

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.

15/05/2026

Kota Tinggi - Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah, dapat adakan latihan minggu ini di Kelas Latihan SMA Kota Tinggi. Penerangan untuk ahli baru juga dibuat..

10/05/2026

"Begitu juga dalam perhubungan antara manusia, di mana saja kedudukan, berdarjat, miskin atau kaya, masing-masing ada peranannya". "Semua ahli ada peranan yang penting dan perlu bekerjasama diantara satu sama lain..."
-Petikan daripada buku NILAI-NILAI MURNI HANAFI

Address

Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti
Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim:

Share