PBDM - Persatuan Bolasepak Daerah Manjung

PBDM - Persatuan Bolasepak Daerah Manjung Laman rasmi Persatuan Bolasepak Daerah Manjung (PBDM)

PERLAWANAN AKHIR LIGA MANJUNG 2023-2024Kini tibalah kemuncaknya buat Liga Manjung 2023-2024 yang menyaksikan pertembunga...
14/08/2024

PERLAWANAN AKHIR LIGA MANJUNG 2023-2024

Kini tibalah kemuncaknya buat Liga Manjung 2023-2024 yang menyaksikan pertembungan dua pasukan terbaik di daerah Manjung - Restu Bonda dan Sham Collection sebelum saingan kali ini menutup tirainya.

Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bakal menjadi saksi penentuan juara baharu Liga Manjung yang bakal menjulang Piala Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Manjung.

Ayuh ramai-ramai kita turun ke stadium pada jam 8:45 malam bagi memeriahkan pentas akhir Liga Manjung 2023-2024 dan bersama-sama kepada kedua-dua pasukan yang bertanding.

|

HARI PERLAWANAN - SEPARUH AKHIR LIGA MANJUNG 2023/24Inilah harinya; aksi Liga Manjung 2023/2024 akan menuju ke penghujun...
28/07/2024

HARI PERLAWANAN - SEPARUH AKHIR LIGA MANJUNG 2023/24

Inilah harinya; aksi Liga Manjung 2023/2024 akan menuju ke penghujungnya dengan salah satu perlawanan separuh akhir bakal berlangsung petang nanti.

Pasukan manakah yang bakal mengiringi perjalanan Sham Collection di pentas akhir; sang juara Piala FA 2022/23 atau satu lagi pasukan yang turut tidak terkalahkan sehingga kini?

Ayuh kita memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama kita rancakkan senario bola sepak setempat dengan sokongan anda!

|

HARI PERLAWANAN - SEPARUH AKHIR LIGA MANJUNG 2023/24Inilah harinya; aksi Liga Manjung 2023/2024 akan diteruskan dengan s...
21/07/2024

HARI PERLAWANAN - SEPARUH AKHIR LIGA MANJUNG 2023/24

Inilah harinya; aksi Liga Manjung 2023/2024 akan diteruskan dengan salah satu perlawanan separuh akhir bakal berlangsung petang ini.

Adakah TNBJ Kilat bakal menamatkan rekod 100% kemenangan bersih milik Sham Collection atau sebaliknya berlaku dan seterusnya menempah slot ke pentas akhir?

Ayuh kita memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama kita rancakkan senario bola sepak setempat dengan sokongan anda!

|

CARTA PERLAWANAN PUSINGAN KALAH SINGKIR LIGA MANJUNG 2023/24Liga Manjung 2023/2024 kini kian menuju ke penghujungnya den...
20/07/2024

CARTA PERLAWANAN PUSINGAN KALAH SINGKIR LIGA MANJUNG 2023/24

Liga Manjung 2023/2024 kini kian menuju ke penghujungnya dengan hanya empat pasukan kekal bersaing; Majlis Perbandaran Manjung, Restu Bonda, TNBJ Kilat dan Sham Collection.

Bermula dengan aksi TNBJ Kilat menentang Sham Collection di Stadium Mini Astaka Sitiawan esok, pasukan manakah yang bakal mengesahkan slot mereka di pentas akhir nanti?

Jangan lupa untuk hadir memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama-sama kita merancakkan senario bola sepak setempat!

|

HARI PERLAWANAN - SUKU AKHIR 3 & 4 LIGA MANJUNG 2023/24Inilah harinya; aksi suku akhir Liga Manjung 2023/2024 akan diter...
13/07/2024

HARI PERLAWANAN - SUKU AKHIR 3 & 4 LIGA MANJUNG 2023/24

Inilah harinya; aksi suku akhir Liga Manjung 2023/2024 akan diteruskan dengan dua lagi perlawanan bakal berlangsung petang hujung minggu ini.

El Shaarawy bakal bertemu TNBJ Kilat pada petang ini manakala Sham Collection bakal berdepan Sitiawan City pada Ahad di lokasi perlawanan yang sama; Stadium Mini Astaka Sitiawan dengan sepak mula dijangka berlangsung pada jam 5:15 petang.

Pemenang kedua-dua perlawanan ini bakal menemani Majlis Perbandaran Manjung dan Restu Bonda yang sedang menunggu di peringkat separuh akhir.

Ayuh kita memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama kita rancakkan senario bola sepak setempat dengan sokongan anda!

|

HARI PERLAWANAN - SUKU AKHIR 1 & 2 LIGA MANJUNG 2023/24Inilah harinya; Liga Manjung 2023/2024 memasuki fasa kalah singki...
08/07/2024

HARI PERLAWANAN - SUKU AKHIR 1 & 2 LIGA MANJUNG 2023/24

Inilah harinya; Liga Manjung 2023/2024 memasuki fasa kalah singkir dengan dua perlawanan suku akhir bakal berlangsung petang ini.

Majlis Perbandaran Manjung bakal bertemu D.I.A 'B' di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) manakala Restu Bonda bakal berdepan PPL Juniors di Stadium Mini Astaka Sitiawan dengan sepak mula dijangka berlangsung pada jam 5:15 petang.

Pemenang kedua-dua perlawanan ini bakal bertemu satu sama lain di peringkat separuh akhir. Jadi, pasukan manakah yang akan terus mara dan pasukan mana yang bakal terhenti perjalanannya setakat ini?

Ketahui petang ini. Ayuh kita memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama kita rancakkan senario bola sepak setempat dengan sokongan anda!

|

CARTA PERLAWANAN PUSINGAN KALAH SINGKIR LIGA MANJUNG 2023/24Dengan keputusan 2-1 memihak kepada TNBJ Kilat semalam, maka...
04/06/2024

CARTA PERLAWANAN PUSINGAN KALAH SINGKIR LIGA MANJUNG 2023/24

Dengan keputusan 2-1 memihak kepada TNBJ Kilat semalam, maka sudah lengkaplah kelapan-lapan pasukan yang mara ke peringkat suku akhir serta kedudukan mereka di dalam kumpulan masing-masing.

Pusingan kalah singkir bakal bermula Julai ini dengan lapan pasukan bakal berentap bagi mengejar gelaran pasukan terbaik di daerah Manjung musim ini.

Jangan lupa untuk hadir memeriahkan lokasi perlawanan dan bersama-sama kita merancakkan senario bola sepak setempat kerana kalau bukan kita, siapa lagi?

|

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KETIGA BELASMinggu terakhir peringkat kumpulan Liga Manjung 2023/24 kini...
03/06/2024

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KETIGA BELAS

Minggu terakhir peringkat kumpulan Liga Manjung 2023/24 kini tiba dengan empat perlawanan terakhir bakal berlangsung pada Isnin, Rabu dan Ahad.

Masih terdapat satu slot daripada Kumpulan A yang masih terbuka untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah Majlis Perbandaran Manjung layak secara matematiknya tetapi masih menunggu posisi muktamad dalam kumpulan yang sama.

Jangan lupa untuk berkunjung di lokasi perlawanan dan sama-sama kita memeriahkan minggu terakhir peringkat kumpulan sebelum kita melangkah ke pusingan kalah singkir minggu hadapan.

|

TINGGAL DUA LAGI PASUKAN YANG BAKAL KE SUKU AKHIRSetelah wisel penamat ditiupkan bagi melabuhkan tirai aksi minggu ke-12...
19/05/2024

TINGGAL DUA LAGI PASUKAN YANG BAKAL KE SUKU AKHIR

Setelah wisel penamat ditiupkan bagi melabuhkan tirai aksi minggu ke-12 Liga Manjung 2023/24, enam pasukan telah mengesahkan posisi mereka di pusingan suku akhir nanti.

Secara matematiknya, Majlis Perbandaran Manjung () juga telah berjaya mara tetapi terpaksa menunggu perlawanan terakhir mereka untuk memuktamadkan posisi mereka.

Pasukan manakah yang bakal mara ke peringkat seterusnya? Ayuh sama-sama kita nantikan!

|

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KEDUA BELASPeringkat kumpulan bagi saingan Liga Manjung 2023/24 semakin ...
18/05/2024

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KEDUA BELAS

Peringkat kumpulan bagi saingan Liga Manjung 2023/24 semakin menuju ke penghujungnya dengan tiga lagi aksi bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Empat pasukan Kumpulan A bakal bertarung bakal merebut dua slot juara dan naib juara kumpulan yang masih terbuka luas melibatkan TNBJ Kilat, Manjung United, Dangboys dan Majlis Perbandaran Manjung.

Manakala, D.I.A 'B' bakal melengkapkan aksi bagi Kumpulan C setelah sah layak ke peringkat seterusnya apabila El-Shaarawy mengutip tiga mata penuh minggu lalu.

Jangan lupa untuk hadir menyaksikan aksi Liga Manjung 2023/24 di lokasi terlibat dan sama-sama kita rancakkan senario bola sepak setempat!

|

HARI PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KESEBELASKini kembali; saingan Liga Manjung 2023/24 bakal bersambung hari ...
12/05/2024

HARI PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KESEBELAS

Kini kembali; saingan Liga Manjung 2023/24 bakal bersambung hari ini dengan aksi melibatkan dua pasukan Kumpulan C, El-Shaarawy dan Gajus Bois Lekir.

Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Stadium Mini Astaka Sitiawan bagi memeriahkan senario bola sepak setempat kita. Siapakah yang bakal mara ke peringkat seterusnya?

|

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KESEPULUHBola sepak Manjung kini kembali selepas seminggu berehat panjan...
17/02/2024

JADUAL PERLAWANAN LIGA MANJUNG 2023/24 - MINGGU KESEPULUH

Bola sepak Manjung kini kembali selepas seminggu berehat panjang bagi memberi laluan kepada sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut komuniti berbangsa Cina seluruh Malaysia.

Tiga perlawanan berlangsung Sabtu dan Ahad ini melibatkan pasukan dari Kumpulan A, B, C dan D yang kini menuju ke penghujung saingan peringkat kumpulan.

Jangan lupa bertandang ke Stadium Mini Astaka Sitiawan, Padang KV Seri Manjung dan Padang SMK Seri Samudera pada Sabtu dan Ahad serta berikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda.

|

Address

No. 39, Tingkat Atas, Jalan Besar, Fasa 1C4 SERI MANJUNG Darul Ridzuan
Sitiawan
32040

Telephone

+60194612257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBDM - Persatuan Bolasepak Daerah Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PBDM - Persatuan Bolasepak Daerah Manjung:

Share

Category