Kampung Batu 8 Lekir

Kampung Batu 8 Lekir Motto Kampung Batu 8 Lekir
MAJU MENUJU WAWASAN

Kampung Batu 8 Lekir telah di buka pada tahun 1798 masihi bersamaan Tahun 1218 Hijrah.

Ia Diterkna oleh seorang Pahlawan Melayu bernama Tok Gondah atau nama sebenarnya Cek Ahmad Bin Tok Laaji

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾JPKK Batu 8 Lekir mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

JPKK Batu 8 Lekir mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kepada seluruh warga Batu 8 Lekir dan rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta terus memelihara keamanan, perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi.

Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera, serta rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan bersatu padu.

🇲🇾 Malaysia Madani, Jiwa Merdeka! 🇲🇾

Salam Kemerdekaan daripada
JPKK Batu 8 Lekir





Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir Hadir Hari Bertemu PelangganAlhamdulillah, Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir telah hadir ke Pejaba...
28/08/2026

Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir Hadir Hari Bertemu Pelanggan

Alhamdulillah, Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir telah hadir ke Pejabat Penghulu Mukim Lekir sempena Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah Manjung.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan serta menyediakan Jualan Rahmah untuk manfaat dan kemudahan masyarakat setempat.

Dalam kesempatan yang sama, Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir turut menerima Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus subur dalam kalangan masyarakat. 🇲🇾

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat Merdeka!

MESYUARAT JPKK BATU 8 LEKIR BIL. 4/2026Alhamdulillah, Mesyuarat JPKK Batu 8 Lekir Bil. 4/2026 telah diadakan sebagai pla...
27/08/2026

MESYUARAT JPKK BATU 8 LEKIR BIL. 4/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat JPKK Batu 8 Lekir Bil. 4/2026 telah diadakan sebagai platform untuk membincangkan perkembangan, isu-isu semasa serta perancangan program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan Batu 8 Lekir.

Pelbagai perkara berkaitan kepentingan dan kebajikan penduduk telah dibincangkan bersama, selain merangka usaha serta tindakan susulan bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Semoga hasil mesyuarat ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh komuniti Batu 8 Lekir dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara JPKK bersama penduduk setempat.

JPKK BATU 8 LEKIR
Bersama Membina Komuniti Sejahtera 🇲🇾

MESYUARAT KOMUNITI SEJAHTERA MADANI ZON LEKIR 🇲🇾Alhamdulillah, Encik Hanif mewakili Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir telah ha...
26/08/2026

MESYUARAT KOMUNITI SEJAHTERA MADANI ZON LEKIR 🇲🇾

Alhamdulillah, Encik Hanif mewakili Pengerusi JPKK Batu 8 Lekir telah hadir ke Mesyuarat Komuniti Sejahtera Madani Zon Lekir sempena persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69.

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Nipah, Tingkat 1, Dewan MPM Manjung bagi membincangkan persiapan serta perancangan aktiviti sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Semoga segala perancangan yang disusun dapat dilaksanakan dengan lancar serta mendapat sokongan dan kerjasama seluruh komuniti Zon Lekir.

🇲🇾 Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan!
Malaysia MADANI, Rakyat Bersatu, Negara Sejahtera.

Kemudahan & Keselamatan MasjidAlhamdulillah, Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir kini telah siap sepenuhnya memasang pagar stai...
25/08/2026

Kemudahan & Keselamatan Masjid

Alhamdulillah, Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir kini telah siap sepenuhnya memasang pagar stainless steel bagi menghalang anjing liar daripada memasuki kawasan masjid.

Usaha ini diharap dapat meningkatkan aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan para jemaah serta menjaga kesucian kawasan masjid.

Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaiknya oleh semua pihak.

🤲 Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir — Bersih, Selamat & Selesa.

24/08/2026

Muara sungai batu 8 lekir

Lekir Merdeka Fun Walk 2026 anjuran Kelab Adalia Manjung  dan Panel Kesihatan Lekir yang bermula dari Masjid Haji Isa, B...
24/08/2026

Lekir Merdeka Fun Walk 2026 anjuran Kelab Adalia Manjung dan Panel Kesihatan Lekir yang bermula dari Masjid Haji Isa, Batu 8 Lekir.

Pihak JPKK Batu 8 lekir, Pawe Lekir dan Kelab belia lekir turut membantu menjayakan program tersebut secara tidak langsung.

Sambutan yang sangat mengalakkan, ada kanak kanak, wanita, belia, dan masyarakat pelbagai kaum. Sukan menyatukan komuniti Manjung.

Tahniah kepada penganjur dan semua peserta yang terlibat.

21/08/2026
Assalamualaikum...Makluman hebahan kepada ahli kariah.Jemput datang beramai-ramai untuk hadir solat subuh berjemaah sepe...
21/08/2026

Assalamualaikum...
Makluman hebahan kepada ahli kariah.
Jemput datang beramai-ramai untuk hadir solat subuh berjemaah seperti solat Jumaat pada:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 22 Ogos 2026
Tempat: Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir
Masa: 5.50-6.30 pagi.

Aktiviti menarik:
• Solat Subuh berjemaah
• Pendaftaran peserta Fun Walk
• Senamrobik
• Pelepasan peserta Lekir Merdeka Fun Walk
• Sarapan pagi untuk semua peserta
• Air minuman sepanjang program disediakan
• Pameran dan demonstrasi CPR oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
• Booth pemeriksaan kesihatan pergigian
• Pertandingan mewarna kanak-kanak
• Pertandingan gubahan buah-buahan
• Sukaneka warga emas & PA WE
• Cabutan nombor
• Penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak
• Penyampaian hadiah pertandingan gubahan buah-buah

Program ini akan dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid Haji Isa sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan masyarakat serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat.

Address

Sitiawan
32020

Telephone

+60142521101

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Batu 8 Lekir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share