26/04/2026
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 3,000 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐔𝐍 𝐓𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐫 #𝐑𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐢𝐭𝐚 2026
Rasa sebak tengok kehadiran orang ramai dari seluruh DUN Trong. Memang ramai yang mai bagi sokongan dan doa untuk saya terus berkhidmat di kawasan kita ni.
Walaupun hujan turun sekejap, orang Trong tetap mai jugak… tak berganjak. Sanggup datang sebab nak jumpa, nak beraya sama-sama. Benda macam ni memang saya hargai sangat 🤍
Yang paling sentuh hati, ada jugak anak perantauan yang balik dari kota semata-mata nak hadir jamuan raya tahun ni. Syawal dah habis pun depa masih mai support. Ramai yang jumpa, bersalaman dan ucap terima kasih sebab buat majlis macam ni.
Saya dengan urusetia majlis mohon maaf kalau ada yang terkurang, terlebih atau tak sempat layan semua orang dengan baik. Mana yang kurang, saya minta halal ya.
Terima kasih kepada kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang, Wanita U M N O Bukit Gantang , Pemuda Bukit Gantang & Puteri Umno Bkt Gantang Bahagian, ketua-ketua cawangan, ketua sayap cawangan, ketua-ketua kampung, penghulu DUN Trong dan semua yang bantu dari awal sampai habis majlis.
Saya tahu bukan senang nak bagi masa, tenaga dan keringat… sebab tu saya hargai sungguh-sungguh.
Orang Trong ni kalau depa dah mai, depa mai dengan hati. Itu yang buat saya lagi semangat nak terus kerja.
**Yang hadir malam tadi cuba share gambar hampa dekat komen👇👇
Trong Di Hatiku 🤍