Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin

Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin, Kampung Setia Jaya, Simpang Renggam.

🌿 MARILAH SAMA-SAMA BANTU SIAPKAN MADRASAH 🌿Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami akan memulakan semula kerja-kerja ...
23/07/2026

🌿 MARILAH SAMA-SAMA BANTU SIAPKAN MADRASAH 🌿

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami akan memulakan semula kerja-kerja pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin Lil Banat (Perempuan) yang telah tertangguh agak lama akibat kekangan dana.

Kini, sasaran kami adalah RM50,000 untuk menyiapkan pembinaan sehingga siap bumbung. Insya-Allah, dengan sokongan dan infaq daripada para dermawan, pembinaan ini dapat diteruskan demi menyediakan tempat pembelajaran yang selesa buat para pelajar tahfiz.

Selain sumbangan wang tunai, kami juga mengalu-alukan infaq barangan seperti:
✅ Besi
✅ Zink
✅ Dan lain-lain bahan binaan yang berkaitan.

Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, amat bermakna dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

📌 Sasaran Dana:
RM50,000 (Untuk Siap Bumbung)

📲 Salurkan sumbangan melalui:

AFFIN BANK
Nama Akaun: Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin
No. Akaun: 106610006217

Atau terus imbas kod QR yang tertera pada poster.

📞 Sebarang pertanyaan:
Ust. Azman (Mudir)
https://wa.me/60137895639

Mohon jasa baik semua untuk, SHARE dan SEBARKAN poster ini kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan. Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi sedekah jariah yang berterusan pahalanya serta menjadi asbab lahirnya lebih ramai huffaz al-Quran.

🤲 "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh."
(Riwayat Muslim)

📖 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKAAlhamdulillah, pendaftaran pelajar baharu kini dibuka. Kami mengalu-alukan ibu b...
13/07/2026

📖 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA

Alhamdulillah, pendaftaran pelajar baharu kini dibuka. Kami mengalu-alukan ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain kepada anak-anak dalam suasana madrasah yang kondusif.

📍 Tempat adalah terhad.

📞 Pertanyaan & pendaftaran:
017-718 0204 (WhatsApp/Hubungi)

Mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk like, komen dan kongsikan poster ini agar lebih ramai mendapat manfaat.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua. 🤲

20/06/2026

Jom..satu rumah satu Hafiz Al quran

📢 *Pengambilan Pelajar Baru Madrasah Tahfiz Al-Faeizin kini dibuka!*Kekosongan terhad untuk pelajar lelaki & hafizah.Mak...
13/05/2026

📢 *Pengambilan Pelajar Baru Madrasah Tahfiz Al-Faeizin kini dibuka!*

Kekosongan terhad untuk pelajar lelaki & hafizah.
Maklumat lanjut boleh rujuk pada poster di atas👆🏻
📞 MUDIR : 013-789 5639
📞 USTAZ : 017-7180204
📞USTAZAH : 019-787 9625

Mohon bantu share 🤲

🐄 JOM SERTAI IBADAH KORBAN 1447H 🐄Madrasah Tahfiz Al-Faeizin membuka peluang kepada ibu bapa, penjaga, para penginfaq se...
22/04/2026

🐄 JOM SERTAI IBADAH KORBAN 1447H 🐄

Madrasah Tahfiz Al-Faeizin membuka peluang kepada ibu bapa, penjaga, para penginfaq serta keluarga untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

💰 1 Bahagian: RM850
🎯 Sasaran: 2 ekor lembu (14 bahagian)

✨ Niat korban sambil menyokong madrasah dan anak-anak tahfiz.

Bagi yang berminat atau ingin bertanya, boleh hubungi:
📞 Ustaz
- 017-7180204
📞 Ust Nor Azman👇🏻
https://wa.me/60137895639?text=Assalamualaikum%20Ustaz,%20saya%20berminat%20untuk%20menyertai%20ibadah%20korban%20bersama%20Madrasah%20Tahfiz%20Al-Faeizin

🤲 Semoga Allah menerima amal korban kita, melapangkan rezeki, serta memberkati kehidupan kita semua.

Jom kita sama-sama rebut peluang berkorban tahun ini.

06/04/2026

Ibu bapa yang dirahmati Allah,

Didiklah anak-anak kita dengan Al-Quran sejak kecil…

kerana dunia hari ini penuh ujian,
dan Al-Quran itulah sebaik-baik penjaga 🤲

Bukan semua anak perlu jadi hebat di dunia,
tetapi alangkah indah jika anak kita
menjadi penyejuk hati dan penolong kita di akhirat 🌙

Semoga Allah pilih anak-anak kita
untuk menjadi insan yang mencintai Al-Quran 🤍

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKAMadrasah Tahfiz Al-Faeizin membuka peluang kepada anak-anak untuk mendekati Al-Quran da...
06/04/2026

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA

Madrasah Tahfiz Al-Faeizin membuka peluang kepada anak-anak untuk mendekati Al-Quran dalam suasana tarbiah, disiplin dan bimbingan yang terjaga 🤲

✨ Membina generasi yang cinta Al-Quran
✨ Didikan sahsiah & ibadah seharian
⚠️ Kekosongan adalah TERHAD

💌 Mohon jasa baik sahabat semua untuk kongsikan kepada yang berminat

Semoga menjadi asbab lahirnya generasi huffaz & hafizah 🌙🤍

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA📢 Madrasah Tahfiz Al-Faeizin Kampung Setia Jaya membuka pengambilan pelajar baru.📅 Kema...
14/03/2026

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA📢

Madrasah Tahfiz Al-Faeizin Kampung Setia Jaya membuka pengambilan pelajar baru.

📅 Kemasukan: 11 Syawal 1447H
⚠️ Kekosongan terhad – hanya 7 tempat sahaja

Peluang untuk ibu bapa yang ingin menghantar anak mempelajari dan menghafaz Al-Quran dalam suasana madrasah serta dibimbing dengan pengajian agama.

📞 Untuk maklumat lanjut / pendaftaran:
Ust Harith – 017-7180204

Tempat adalah sangat terhad,

Semoga Allah memberi peluang kepada anak-anak kita menjadi Hafiz Al-Quran yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. 🤲📖


🌟 Alhamdulillah… lahir lagi seorang Hafiz Al-Quran dari Madrasah Tahfiz Alfaeizin!Tahniah kepada pelajar Madrasah Tahfiz...
14/03/2026

🌟 Alhamdulillah… lahir lagi seorang Hafiz Al-Quran dari Madrasah Tahfiz Alfaeizin!

Tahniah kepada pelajar Madrasah Tahfiz Alfaeizin Kg Setia Jaya,

Abdullah Zubair Bin Mohd A Rahman yang telah berjaya menamatkan Shahadah 30 Juzuk Al-Quran.
Shahadah berlangsung selama 3 hari
(10 – 12 Mac 2026)
dan beliau merupakan pelajar ke-13 yang berjaya menamatkan hafazan di madrasah ini.
Semoga Allah memberkati hafazannya dan menjadikannya Hafiz Al-Quran yang memberi manfaat kepada agama, ummah serta kedua ibu bapanya. 🤲📖

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA
Kemasukan 11 Syawal 1447H

⚠️ Kekosongan hanya 7 tempat sahaja
Ibu bapa yang berminat menghantar anak menghafaz Al-Quran, boleh hubungi pihak madrasah untuk maklumat lanjut.

017-7180204 ust harithah

Alhamdulillah 🤲🏻Pada 17, 18 dan 19 Februari 2026, telah dilaksanakan Solat Istisqa’ bagi memohon agar Allah SWT menurunk...
21/02/2026

Alhamdulillah 🤲🏻

Pada 17, 18 dan 19 Februari 2026,

telah dilaksanakan Solat Istisqa’ bagi memohon agar Allah SWT menurunkan hujan dan mengurniakan rahmat buat kita semua.

Para pelajar Madrasah Tahfiz Al-Faeizin turut diberi amanah untuk melaksanakan khatam al-Quran 30 juzuk selama 3 hari berturut-turut yang diadakan di Empangan Machap.

Semoga setiap ayat suci yang dibaca menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta hujan yang membawa manfaat kepada seluruh penduduk setempat.

Jazakumullahu khairan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah menerima segala usaha ini sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Address

Kampung Setia Jaya
Simpang Renggam

Telephone

0137895639

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Al-Fa'eizin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share