29/08/2026
Alhamdulillah, terima kasih kepada YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, kerana sudi hadir dan merasmikan Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 (MYJAM15) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada hari ini. 🇲🇾⚜️
Kali terakhir Jambori Pengakap Malaysia diadakan di Pulau Pinang adalah 60 tahun yang lalu, dan kini ia kembali lagi dengan lebih meriah di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Kami amat berbangga kerana stadium ini dipilih sebagai lokasi penganjuran acara besar yang menghimpunkan ribuan anak muda dari seluruh negara dan luar negara.
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) komited untuk terus menyediakan kemudahan dan infrastruktur bertaraf antarabangsa bagi menyokong acara-acara sukan, kepemudaan, dan komuniti di negeri ini.
Tahniah kepada semua peserta dan penganjur! Semoga semangat perpaduan, kepimpinan, dan khidmat terus subur dalam jiwa anak-anak muda Malaysia.
Majlis perasmian yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan; Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Eksekutif PSDKLPP; YBhg. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri; serta EXCO-EXCO negeri Pulau Pinang yang lain. Kehadiran semua pihak ini menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan kepemudaan dan sukan di negeri ini.