Sik’s Football Development Programme - SFDP

Sik’s Football Development Programme - SFDP Program Pembangunan Bola Sepak S*k

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak Noor Ahmad Noordin Cup Siri 2 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.Setinggi...
06/12/2025

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak Noor Ahmad Noordin Cup Siri 2 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, para jurulatih, pengadil, sukarelawan, pihak penganjur serta waris-waris yang telah bertungkus-lumus memastikan kejohanan ini berjalan lancar.

Tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang berentap dalam edisi kali ini.
Semoga kejohanan ini terus menjadi mampu menjadi platform dalam memupuk bakat baharu anak-anak dan mengeratkan silaturahim dalam satu sukan yang sama.

Jumpa lagi dalam siri seterusnya!!!

____________________________

Johan : All Star Venom
Naib Johan : Rising Fighters FT
Ketiga Bersama : All Star Cougars & Akademi Wira Muda

Pasukan lain yang bersama dalam kejohanan kali ini:
1. SFDP A & B
2. S*k Stinger
3. Sinaran Huper United
4. Kuala Muda FA
5. KBB All Star

NOOR AHMAD NOORDIN CUP SIRI 2 2025.Debaran semakin terasa! Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu. Pasukan terbaik bakal ...
05/12/2025

NOOR AHMAD NOORDIN CUP SIRI 2 2025.

Debaran semakin terasa! Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu. Pasukan terbaik bakal berentap untuk menentukan juara sebenar.
Ayuh datang beramai-ramai memberikan sokongan padu!

Pasukan manakah yang akan dijulang sebagai juara? Mari sama-sama kita nantikan!

KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 9 SEBELAH - NOOR AHMAD NOORDIN CUP SIRI 2 ANJURAN BERSAMA SK JENERI & S*k’s Football Developmen...
11/11/2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 9 SEBELAH - NOOR AHMAD NOORDIN CUP SIRI 2 ANJURAN BERSAMA SK JENERI & S*k’s Football Development Programme - SFDP PADA 6 DIS 2025, SABTU DI PADANG SK JENERI, S*K.

Ayuh kepada pasukan-pasukan yang berminat menyertai kejohanan ini, hubungi nombor yang tertera pada iklan kejohanan.

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSK 2025
28/07/2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSK 2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSK B12 2025 - MSSD S*KAlhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak MSSK 2025 telahpun melabuhkan tirainya....
28/07/2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSK B12 2025 - MSSD S*K

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak MSSK 2025 telahpun melabuhkan tirainya.
Pasukan MSSD S*k berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 – menyamai pencapaian edisi lepas. Pencapaian membanggakan ini hasil usaha gigih pihak pengurusan, jurulatih, para pemain, waris dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

💪 Terima kasih atas segala kerjasama, komitmen, dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Setiap peluh dan pengorbanan anda amatlah dihargai. Semoga kejayaan yang lebih gemilang menanti pada masa akan datang! Ayuh kita lakukan bersama-sama.


*k

PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 & 4.SK PENDANGJAM 1530
26/07/2025

PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 3 & 4.
SK PENDANG
JAM 1530

Perjalanan hebat pasukan kita di pentas MSSK B12 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-3 kepada pasukan ma...
26/07/2025

Perjalanan hebat pasukan kita di pentas MSSK B12 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-3 kepada pasukan mantap MSSD Kota Setar. MSSD S*K buat kali kedua berturut-turut tumpas di peringkat separuh akhir dalam episod yang sama pada edisi lepas.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, semangat juang dan usaha gigih setiap pemain amat membanggakan. Pengalaman berharga ini pastinya akan menjadi pemangkin untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan padu daripada para jurulatih, guru, ibu bapa dan seluruh warga penyokong. Kita bangga dengan pencapaian ini!

Mari kita teruskan sokongan bagi penentuan tempat ke 3 & 4 pada petang ini di venue yang sama.



⚽️ SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSK 2025 ⚽️Pertembungan sengit bakal berlangsung!Pasukan MSSD S*K akan turun ...
25/07/2025

⚽️ SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSK 2025 ⚽️

Pertembungan sengit bakal berlangsung!
Pasukan MSSD S*K akan turun menentang MSSD KOTA SETAR dalam perlawanan separuh akhir yang dijangka penuh aksi dan semangat juang tinggi! 🔥

Mohon doa dan sokongan semua agar pasukan MSSD S*k dapat beraksi dengan cemerlang dan mara ke pentas akhir.
Semangat juang, disiplin dan kekuatan pasukan akan menjadi kunci kejayaan! 💪

Alhamdulillah! Kita berjaya melangkah ke Separuh Akhir!Tahniah pasukan MSSD S*K atas aksi cemerlang di peringkat Kumpula...
25/07/2025

Alhamdulillah! Kita berjaya melangkah ke Separuh Akhir!

Tahniah pasukan MSSD S*K atas aksi cemerlang di peringkat Kumpulan B MSSK selepas berjaya meraih tempat di peringkat separuh akhir pada esok hari. Dengan semangat juang yang tinggi dan permainan yang mantap, pasukan kita berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan ketiga dengan meraih 9 mata dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebagai naib juara kumpulan.

Terima kasih atas sokongan padu daripada barisan pentadbiran PPD S*k, pihak pengurusan pasukan, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa, dan semua penyokong yang hadir memberikan sokongan buat kami. Teruskan berdoa dan memberi semangat buat anak-anak ini agar dapat terus berjuang hingga ke akhir.

Ayuh ke separuh akhir! Satu pasukan, satu semangat! 💪🔥

*K

Keputusan perlawanan 4 bertemu MSSD PADANG TERAP . 25.7.2025
25/07/2025

Keputusan perlawanan 4 bertemu MSSD PADANG TERAP .
25.7.2025

Address

S*k

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sik’s Football Development Programme - SFDP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sik’s Football Development Programme - SFDP:

Share

Category