27/09/2024
Hi geng! Lama tidak berjumpa! Hari ini kita nak umumkan satu program yang tidak pernah dilakukan dimana-mana tempat yang lain! Pastikan anda baca dengan teliti ya, manatau ada pengumuman yang dapat membantu dalam JOURNEY TOWARDS YOUR DREAM BODY anda!
Sila baca:
Untuk semua customer:
Sekiranya anda dapat mempelawa 2 customer baru untuk datang jadi member bulanan, membership bulan seterusnya untuk anda adalah free. Semakin banyak yang anda bawa, semakin meriah benefit yang anda akan dapat!
Soalan:
1. Sekiranya saya dapat bawa 4 orang customer baru jadi member bulanan pada bulan ini, adakah saya akan dapat 2 bulan free member?
Jawapan: Ya, anda layak untuk dapatkan 2 bulan free atas usaha anda!
2. Kalau saya dapat bawa 10 org customer baru pada bulan ini, adakah saya dapat free member untuk 5 bulan?
Jawapan: Ya, anda boleh dapat 5 bulan free, atau anda boleh claim 2 bulan free + 1 tong protein free (bergantung dengan apa stock yang ada pada masa tersebut).
3. Macam mana baru dikira sebagai customer baru?
Jawapan: Customer boleh dikira sebagai customer baru sekiranya member beliau sudah tidak aktif selama 1 bulan di Shape Up.
Contoh: Membership Customer A sudah expired pada 31/8 dan beliau tidak renew untuk bulan 9, beliau hanya akan dikira sebagai member baru pada 1/10.
4. Kalau saya bawa 1 customer baru pada 21/9, 1 lagi customer pada 1/10, adakah saya akan dapat member free pada bulan 10?
Jawapan: Tidak, total customer dibawa akan dikira pada 1hb bulan tersebut sehingga hari terakhir bulan tersebut. Contoh: 1-31/10, 1-30/11. Staff kami akan buat rekod untuk anda setiap kali anda bawa customer baru, so pastikan anda minta staff untuk buat terus pada masa tersebut untuk mengelakkan kecelaruan pada masa hadapan.
Sekiranya ada apa-apa soalan, boleh hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut! All the best geng!