20/08/2026
🩸KEMPEN DERMA DARAH 2026🩸
20 Ogos 2026 - Kempen Derma Darah 2026 anjuran SMC Sports & Social Club (KESOSMA) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu.
Program yang berlangsung dengan lancar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 70 orang telah mendaftar, manakala 38 orang berjaya menderma darah.
Penderma terdiri daripada ahli-ahli SMC Sports & Social Club (KESOSMA), Kaunselor MPS, kakitangan MPS, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta serta orang awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa serta tampil menyumbangkan darah demi membantu mereka yang memerlukan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Kaunselor MPS yang telah memberikan sumbangan tambahan kepada para penderma yang berjaya. Sumbangan dan keprihatinan tersebut amat kami hargai.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu atas kerjasama, sokongan, tenaga dan komitmen yang diberikan bagi memastikan kempen ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sesungguhnya, setitis darah yang kita dermakan mungkin membawa sinar harapan dan menyelamatkan nyawa seseorang. ❤️
Terima kasih kepada semua penderma. Anda adalah wira tanpa tanda jasa.
🩸 Setitis Darah, Sejuta Harapan ❤️