15/01/2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pemanah tradisional Malaysia.
Untuk makluman, PERTAMA akan menganjurkan kursus kejurulatihan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 - 24 FEB 2019 (3 hari 2 malam)
Tempat : PDS TRANNING CAMP PORT DICKSON
Butiran Kursus adalah seperti berikut :
Tahap Asas (pemanah)
Tahap Satu (Bakal Jurulatih)
Tahap Dua (Jurulatih dan Pengendali/penganjur Pertandingan)
Kursus ini terbuka untuk peserta lelaki dan wanita
(17 tahun ke atas)
InsyaAllah, kursus ini bakal menampilkan penceramah-penceramah bertauliah dan berpengalaman di dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan penahan tradisional.
Kriteria Penyertaan:
a) Tahap Asas :
Terbuka untuk semua pemanah yang ingin menyertai kursus Tahap 1 dan 2 masa akan datang. Pemanah baru yang ingin menambah ilmu juga digalakkan hadir (from Zero to hero)
b) Tahap 1:
Ditawarkan kepada semua pemanah yang mempunyai sijil asas dari mana-mana badan atau persatuan memanah yang diiktiraf.
contoh : Naam, Zawra, Akademi Memanah dan sebagainya.
Dokumen sokongan/ pengesahan perlu disertakan semasa permohonan. Dokumen sokongan akan disemak oleh pihak PERTAMA sebelum kelulusan penyertaan.
c) Tahap 2
Dibuka hanya untuk pemanah yang mempunyai sijil kursus kejurulatihan level 1 PERTAMA yang telah diadakan sebelum ini (Kursus di Kompleks Rakan Muda Klang, 2 tahun lepas).
PERTAMA mengucapkan terima kasih atas minat dan penyertaan tuan/puan. Adalah menjadi harapan kami agar pemanah tradisional Malaysia mengambil peluang menimba ilmu dan pengalaman dengan menyertai kursus kejurulatihan ini.
Untuk penyertaan dan pendaftaran kursus, sila klik link dibawah :
https://goo.gl/forms/yidkXCciFEariihz2
Bayaran yuran penyertaan boleh dibuat ke akaun bank PERTAMA.
CIMB
Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA)
8602293204
Sila Whatsapp slip/bukti pembayaran yuran kepada saudara Adib (0178882665)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Adib - 0178882665
Anuar - 01126619286