27/02/2018
BJ Eagles is proud to share this wonderful news especially for those who reside in and around Bukit Jelutong Masyarakat B Jelutong
Bola sepak, semua orang tahu kan? Mahukan anak-anak anda belajar teknik-teknik bermain bola sepak dengan kurikulum terkini?
Bola sepak adalah antara sukan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun tidak ramai yang tahu tentang struktur kurikulum bola sepak yang tersusun.
Kelab Bola Sepak Sime Darby (SDFC) menyediakan modul latihan yang terperinci melalui Program Pembangunan Bola Sepak Junior SDFC untuk kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 12 tahun. Rebutlah peluang ini jika anak-anak anda mahu mengikuti latihan serta mempelajari teknik-teknik bermain bola sepak dengan betul.
Program latihan ini akan dijalankan di Padang Latihan SDFC, Bukit Jelutong, Shah Alam. Selangor. Padang latihan ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang kondusif seperti padang tiruan dan padang bola sepak untuk kegunaan pemain-pemain bola sepak profesional.
Selain itu, latihan serta modul latihan pembangunan bola sepak SDFC ini akan dikendalikan oleh Jurulatih Ibrahim Mohamed yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam mengendalikan program pembangunan bola sepak di Malaysia.
Berminat? Dapatkan borang pendaftaran sekarang melalui pautan dibawah:-
http://bit.ly/2EW47KY
*Program ini khusus untuk mereka yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat SDFC di talian 03-80810050 atau email kepada kami di [email protected].