15/06/2017
KECOH!!! 10,000 ORG PENCERAMAH SERBU MASJID NEGERI SAMPAI SHAH ALAM SESAK TERUK
Shah Alam – Pihak polis masih menyiasat apakah punca kesesakan luar biasa di sekitar Masjid Negeri Shah Alam. Difahamkan lebih 10,000 orang yang terdiri dari penceramah terkenal tanahair membanjiri masjid negeri di sini semalam.
Menurut sumber polis, ianya dicetuskan oleh satu gerakan yang dipelopori oleh seorang individu berkepala botak. Sehingga kini, pihak polis masih mengesan individu ini. Kes disiasat dibawah Akta Perhimpunan Haram 2012 kerana cubaan menganjurkan perhimpunan haram.
hehe..
Agaknya begitulah ceritanya klu lah kita tahu makna malam Al-Qadar yg lebih power dr 1,000 bulan. So, bersempena dengan 10 malam terakhir ni, apa kata kita berkumpul ramai-ramai di Masjid Negeri Shah Alam pada 19 Jun 2017 (Isnin) 25 Ramadan 1438H kol 11.00 malam di Dewan Solat Utama.
Klu sorang2, mmg la susah nak bangun malam. Tp klu dah ramai2 ni.. tambah2 ada yg nakal2, baru ada semangat nak pulun.
Nak buat apa malam tu?
Kita buat simple2 je..ala2 newbie yg baru nak buru Lailatul Qadar. Kita ni kan iman tak berapa nak kuat. So, buat yg mana larat je. Sambil2 tu boleh sembang2..
Jadual dia macam ni..
11.00 pm – kita kumpul dulu kat Dewan Solat Utama
11.15 pm – kita ngeteh kat mamak.. lama giler tk pekena teh tarik ngan tandoori cheese lelehh..
12.15 pm – ambik wudhu, pastu niat iktikaf
4.00 am – follow imam masjid negeri pulun qiyamulail
5.00 am – sama2 sahur kt masjid.. (masjid sediakan sahur). Nak pi mamak pun cun jugak..
5.42 am – Subuh
6.15 am – kita buat usrah simple2.. tp ada 3 rahsia mahal sifu nk kongsi..eksklusif pada hari tu je dan takkan didedahkan dlm mana2 seminar rcm..
7.00 am – abih dah..
Ehh..bukan hari kerja ke tu?..
Mmg saja buat hari kerja..nak tgk komitmen alumni camna..haha..terpulang la pd korang. The more, the merrier!..
Camne nak join ni?
Tak yah daftar2, dtg je 19 Jun tu, 11 pm kat dewan solat utama. Kita kumpul dulu kat situ, baru sama2 gerak ke mamak bistro..