30/08/2026
🏹 HUJUNG MINGGU, DUA MEDAN. SATU PASUKAN.
Alhamdulillah.
Hujung minggu ini, keluarga besar Furqan Archery bertebaran di dua medan pertandingan.
🔥 Sebahagian membawa cabaran hingga ke selatan tanah air, Johor untuk HIS Open Archery Championship 1.26.
🔥 Dalam masa yang sama, 40+ pemanah Furqan turun beraksi di Cabaran Panahan Juara MBK2KMJ 2026, Bukit Kapar.
Dua kejohanan.
Dua lokasi.
Puluhan atlet.
Tetapi membawa satu nama dan satu semangat yang sama.
Ada yang pulang dengan medal.
Ada yang mencipta pencapaian baharu.
Ada yang masih mencari rentak terbaik.
Tak mengapa.
Kerana bagi kami, pertandingan bukan hanya tentang siapa berdiri di atas podium.
Setiap tournament adalah sebahagian daripada proses membina pemanah.
Mereka belajar menghadapi tekanan.
Belajar menang.
Belajar menerima kekalahan.
Belajar bangkit.
Dan yang paling penting — belajar berjuang sebagai satu pasukan.
Melihat begitu ramai anak-anak Furqan berani turun ke medan pertandingan pada hujung minggu yang sama, itu sendiri sudah cukup membuatkan kami tersenyum. ❤️
Terima kasih kepada semua coach, ibu bapa dan keluarga Furqan yang bergerak bersama-sama menjayakan perjalanan ini.
Hari ini kita ambil yang manis-manis dulu. 😎
Perjalanan masih panjang.
Dari Selangor sampai ke selatan tanah air…
FURQAN IS EVERYWHERE. 🔥🏹
Aim Higher, Together.