19/03/2026
Fisska FC ingin menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan yang mendalam susulan insiden yang menimpa salah seorang pemain kami, Muhammad Syazwan (AnNadi 2009), yang disyaki telah menjadi mangsa keganasan oleh individu tidak bertanggungjawab yang dikaitkan dengan samseng bola sepak.
Kami ingin menegaskan bahawa Fisska FC berdiri teguh bersama Syazwan dalam menghadapi situasi ini. Keselamatan dan kebajikan pemain adalah keutamaan kami, dan sebarang bentuk keganasan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.
Walaupun siasatan lanjut masih diperlukan, kami memandang serius dakwaan insiden ini dan mengecam sebarang elemen keganasan yang boleh mencemarkan imej serta semangat kesukanan dalam bola sepak.
Fisska FC menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan, dan pada masa yang sama menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang telus dan adil.
Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Syazwan, termasuk daripada segi kebajikan dan moral, sepanjang tempoh ini.
Semoga semua pihak dapat bersama-sama memastikan sukan bola sepak kekal sebagai platform yang selamat, berdisiplin dan berintegriti.
Sekian, terima kasih.
Fisska FC