Persatuan Memanah Tradisional Negeri Selangor - DESTAR

Persatuan Memanah Tradisional Negeri Selangor - DESTAR An organization that supervise the well-being and activities of all traditional archers' throughout State of Selangor.

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA NEGERI SELANGOR 2026🛑🛑  MAKLUMAT : ▪️ Tarikh : 16 MEI 2026 (SABTU)▪️ Masa : 8 pg -...
21/04/2026

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA NEGERI SELANGOR 2026

🛑🛑 MAKLUMAT :
▪️ Tarikh : 16 MEI 2026 (SABTU)
▪️ Masa : 8 pg - 3 ptg
▪️ Tempat : SK Taman Bukit Subang, Shah Alam
▪️Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Km4iM1VMo2zHjQzz9

🛑🛑 KATEGORI
▪️ DEWASA Lelaki
▪️ DEWASA Wanita
▪️ REMAJA U17 L/P
▪️ REMAJA U15 L/P
▪️ CILIK U12 L/P

🛑🛑 KADAR SUMBANGAN PENYERTAAN
▪️ RM 60 (individu)

Maklumat lanjut tentang format kejohanan sila rujuk borang pendaftaran di 👇🏾
🔰 Borang Penyertaan
https://forms.gle/rDXeu8UkcPQ1xHvG8

18/04/2026
21 Mac 2026MSelamat Menyambut Syawal yang mulia..Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu..
25/03/2026

21 Mac 2026M

Selamat Menyambut Syawal yang mulia..
Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Mohon doa daripada semua sahabat. Dua anak Sharuddin @ Kudin telah terlibat d...
16/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mohon doa daripada semua sahabat. Dua anak Sharuddin @ Kudin telah terlibat dalam satu kemalangan di Puchong Utama ketika dalam perjalanan menuju ke usrah selepas waktu Asar petang semalam

• Intan Syuhada – Zon Kuning, kini berada di Hospital Sunway untuk proses pembedahan bahu.
• Intan Dayana – Keadaan kritikal. Hasil CT scan menunjukkan terdapat pendarahan dalam kepala, tengkorak retak dan bahu kiri patah. Beliau masih dalam keadaan ditidurkan dan akan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk pembedahan kepala bagi mengeluarkan darah beku.

Kami sangat mengharapkan doa daripada semua agar Allah SWT memelihara mereka, mempermudahkan segala urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan yang segera tanpa sebarang mudarat.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dan seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Bagi yang ingin meringankan beban keluarga, bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlas hati.

Terima kasih atas doa dan sumbangan semua. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. 🤲

Ikhlas,
Presiden

Assalamualaikum buat semua pemanah,Ada di kalangan pemanah wanita kita yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Di bu...
15/03/2026

Assalamualaikum buat semua pemanah,

Ada di kalangan pemanah wanita kita yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, bantuan serta doa daripada semua sahabat amat nermakna bagi mereka.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun mereka (rujuk poster).
Semoga setiap sumbangan kecil kita dapat membantu mempermudahkan urusan mereka, marilah kita bersama² mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan dikurniakan kesembuhan. Aminnn

Ikhlas dari saya,
Exco Wanita

Tanggal 17 Ramadhan  merupakan detik agung penurunan wahyu pertama daripada Allah SWT sebagai kompas dan cahaya kebenara...
07/03/2026

Tanggal 17 Ramadhan merupakan detik agung penurunan wahyu pertama daripada Allah SWT sebagai kompas dan cahaya kebenaran bagi seluruh umat manusia.

Bersama² kita memperbaharui azam untuk tidak sekadar membaca lembarannya, malah berusaha mendalami setiap bait maknanya agar dapat diamalkan dalam akhlak dan kehidupan seharian.

Al-Quran adalah ubat bagi hati yang sakit.

📢 *Pengumuman Penting*Kejohanan Memanah Tradisional Remaja Terbuka Selangor 2026 yang dijadualkan pada 28 Feb - 1 Mac 20...
23/02/2026

📢 *Pengumuman Penting*

Kejohanan Memanah Tradisional Remaja Terbuka Selangor 2026 yang dijadualkan pada 28 Feb - 1 Mac 2026 telah ditangguhkan atas sebab tertentu.

*Tarikh baharu* (jangkaan selepas Ramadhan 1447 Hijri) akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai sokongan serta kefahaman anda.

Yuran yang telah dibayar masih lagi *valid*.

Terus ikuti saluran rasmi kami untuk maklumat terkini.

Harap maklum.

Ramadhan KareemDaripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila tiba malam per...
18/02/2026

Ramadhan Kareem

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satu pun pintunya yang tertutup.

Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hamba- hambaNya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadan).”

(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab Ma Jaá Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata al-Arnaút: Hadith sahih dan sanadnya hasan)

Address

No 11, Jalan Elektron U16/P, Denai Alam
Shah Alam
40160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Memanah Tradisional Negeri Selangor - DESTAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category