Liga Komuniti Puchong

Liga Komuniti Puchong Program ini untuk mencari dan
mengembangkan bakat baru dari generasi muda dalam sukan bolasepak.

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Perlawanan Akhir Piala FA  Liga Komuniti Puchong (LKP) 2017 semalam, maka tamatlah kem...
11/12/2017

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Perlawanan Akhir Piala FA Liga Komuniti Puchong (LKP) 2017 semalam, maka tamatlah kempen LKP edisi 2017. Perlawanan berkesudahan dengan Puchong Fuerza FC menewaskan KAGUM FC dengan kemenangan tipis 2-1. Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan oleh jaringan di detik-detik akhir tiupan wisel pengadil.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Saudara Najwan Halimi (Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor). Terima kasih kami ucapkan. Secara peribadi beliau acap kali bertanyakan tentang perkembangan LKP 2017 setiap kali bertemu. Upacara pemberian hadiah kepada semua pemenang LKP 2017 Div 1, Div 2 & Piala FA turut dilakukan oleh beliau.

Tahniah kepada semua pasukan yang bersungguh-sungguh bersaing dalam kempen LKP 2017 bermula Februari 2017 terutamanya yang menempatkan pasukan mereka di persada liga. Berikut adalah senarai pasukan yang berjaya merebut hadiah LKP 2017;

Liga Komuniti Puchong (LKP) 2017 Div 1;
Juara: Puchong Fuerza FC (Wang Tunai RM 6000.00, Piala Pusingan & Pingat)
Naib Juara: DSUK FT (Wang Tunai RM 2000.00 & Pingat)
Tempat ke-3: PeBT Z15 (PeBT MPSJ Zon 15 - Puchong Utama) (Wang Tunai RM 1000.00 & Pingat)

Liga Komuniti Puchong (LKP) 2017 Div 2;
Juara: Putra United FC - (Wang Tunai RM 5000.00, Piala Pusingan & Pingat)
Naib Juara: K .s Waja Fc (Wang Tunai RM 2000.00 & Pingat)
Tempat ke-3: Blastier Galicia FC (Wang Tunai RM 1000.00 & Pingat)

Piala FA Liga Komuniti Puchong (LKP) 2017
Juara: Puchong Fuerza FC (Wang Tunai RM 1000.00, Piala Pusingan & Pingat)
Naib Juara: KAGUM FC (Wang Tunai RM 500.00 & Pingat)

Terima kasih dan penghargaan kami kepada Pejabat Parlimen Puchong (YB Gobind Singh Deo), Pejabat Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan (YB Amirudin Shari), Majlis Sukan Negeri Selangor, Jpm Mpsj, PeBT MPSJ Zon 15 - Puchong Utama, Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 15, syarikat-syarikat swasta & individu yang menyumbang dalam menjayakan liga komuniti ini. Terima kasih kami turut disampaikan kepada semua jawatankuasa pelaksana liga, coordinator padang dan pengadil perlawanan yang mampu melaksanakan 57 perlawanan dengan baik sekali. Tidak dilupakan rakan media Armada Bola & Ronda Ronda Warga Puchong yang banyak mempromosikan imej LKP. View FB live semalam menjangkau 7 100 views selain stadium ARENA MPSJ penuh.

Selain itu terima kasih kami juga tidak terlepas kepada semua pasukan yang bersaing demi kecintaan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam lapangan bola sepak amatur ini. Antara 22 pasukan yang menjayakan LKP 2017 ini adalah;

1. Puchong Fuerza FC
2. DSUK FT
3. PeBT Z15 (PeBT MPSJ Zon 15 - Puchong Utama)
4. USJ NEWVETS FC - subang jaya
5. BSP FC
6. Kelab Bola Sepak Puchong Utama - KBPU
7. GAGAK PR FC
8. BBFC
9. Macce Warriors Fc
10. Silver Star Academy Football Club SSAFC
11. Puchong Prantau Fc
12. KMFT
13. Putra United FC -
14. K .s Waja Fc
15. BG FC
16. Desa Impian FC
17. KAGUM FC
18. Kelab Bolasepak Puchong Ranger's
19. Puchong FC
20. IPD Subang Jaya
21. OD FC
22. Montok Football Club

LKP, in shaa Allah pada tahun 2018 akan berusaha mengekalkan Slot Automatic ke Selangor Champion League 2018 dan cuba akan memenuhi keperluan liga bagi menyertai Liga FAM Divisyen 5 (M5) yang baru diperdengarkan cadangan melalui panggilan taklimat oleh FMLLP minggu lepas.

Akhir kalam, jumpa lagi pada tahun 2018 dengan format baru, pasukan baru juga sudah menempah slot liga dan usaha yang lebih baik bagi menjayakan dan mewarnai liga amatur tempatan. Terima kasih dan tahniah buat semua.

Bergerak | Berjasa | Berjaya
Ubah Slogan jadi tindakan!!!

Mohd Akif Ruzaini B Ab Ghofar
Pengarah LKP 2017

Liga Komuniti Puchong on!!!
08/12/2017

Liga Komuniti Puchong on!!!

STRUKTUR LIGA MALAYSIA 2018
--------
Taklimat mengenai Liga Divisyen 4 dan Divisyen 5 Malaysia telah diadakan semalam di Shah Alam dengan kehadiran Persatuan Bolasepak Negeri dan juga penganjur liga-liga sosial serta turut dihadiri YH Dato Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM merangkap Ahli Lembaga pengarah FMLLP.

Untuk permulaan bagi tahun 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana membentuk Liga M5. Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri akan ditentukan kemudian.

Juara setiap liga di Liga M5 pada tahun 2018 p**a akan layak secara automatik ke Liga M4 pada tahun 2019 dengan jumlah pasukan sebanyak 24 pasukan.

Bermula pada tahun 2020 proses promosi dan relegasi akan mula berjalan setelah piramid tersebut lengkap sepenuhnya bermula dari LM5 sehingga ke Liga Super.

Di akhir taklimat, secara dasarnya kesemua wakil yang hadir bersetuju untuk menyertai Liga M5 dan pihak FMLLP akan memperkemaskan cadangan dan komen yang diterima untuk dibawa ke sesi perbincangan seterusnya.

Antara agenda seterusnya adalah memperkemaskan peraturan dan perkara teknikal supaya ianya dapat diuruskan oleh satu badan lain tetapi selari dengan penganjuran oleh FMLLP.


Taklimat Struktur Liga Divisyen 4 (M4) & Divisyen 5 (M5). Alhamdulillah, LKP diberi perhatian FMLLP.
07/12/2017

Taklimat Struktur Liga Divisyen 4 (M4) & Divisyen 5 (M5). Alhamdulillah, LKP diberi perhatian FMLLP.

Petang ini bakal berlangsung perlawanan Piala FA LKP 2017 peringkat separuh akhir. Menariknya 2 pasukan Div 1 dan 2 pasu...
25/11/2017

Petang ini bakal berlangsung perlawanan Piala FA LKP 2017 peringkat separuh akhir. Menariknya 2 pasukan Div 1 dan 2 pasukan Div 2 bagi menempah tiket perlawanan Akhir. Semoga berjaya buat semua!

Alhamdulillah. Dengan selesainya perlawanan ke 22 ahad lepas, berakhirnya kempen Liga Komuniti Puchong Division 1. Tahni...
21/11/2017

Alhamdulillah. Dengan selesainya perlawanan ke 22 ahad lepas, berakhirnya kempen Liga Komuniti Puchong Division 1. Tahniah kepada Puchong Fuerza FC selaku Juara edisi 2017 dan layak automatik ke Selangor Champion League 2017. Naib Juara berjaya digapai oleh DSUK FC & Tempat Ketiga berjaya diduduki oleh PeBT Z15 pada saat akhir liga. Tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding. Semangat kesukanan dan persaudaraan anda amat kami hargai. Tamat Div 1. Div 2 masih berbaki 1 perlawanan. Piala FA juga masih di peringkat separuh akhir.

Berikut adalah keputusan & kedudukan liga selepas minggu ke 21 bagi LKP 2017 Div 1. Tahniah buat semua pasukan.         ...
18/11/2017

Berikut adalah keputusan & kedudukan liga selepas minggu ke 21 bagi LKP 2017 Div 1. Tahniah buat semua pasukan.

Berikut adalah keputusan & kedudukan liga selepas minggu ke 16 bagi LKP 2017 Div 2. Tahniah buat semua pasukan.         ...
18/11/2017

Berikut adalah keputusan & kedudukan liga selepas minggu ke 16 bagi LKP 2017 Div 2. Tahniah buat semua pasukan.

Jadual perlawanan Liga Komuniti Puchong Div 1 & 2 minggu ini. Minggu ini perlawanan tertunda sebelum ini dijalankan. Sem...
01/11/2017

Jadual perlawanan Liga Komuniti Puchong Div 1 & 2 minggu ini. Minggu ini perlawanan tertunda sebelum ini dijalankan. Semoga berjaya buat semua pasukan.

28/10/2017

Assalamua’laikum Wrh. Wbt. & Selamat Sejahtera

Kepada: Semua Pengurus Pasukan LKP 2017

Dukacita/Sukacita dimaklumkan bahawa semua perlawanan bagi Div 1 dan Div 2 untuk minggu ini adalah dibatalkan dan ditunda pada minggu hadapan atas faktor isu teknikal. Harap Maklum. Mohon maaf atas segala kesulitan. Terima kasih.

Cc: Pengadil & Coordinator Padang.

Jadual perlawanan LKP Div 1 & Div 2 bagi minggu ini. Selamat berjuang buat semua pasukan!
26/10/2017

Jadual perlawanan LKP Div 1 & Div 2 bagi minggu ini. Selamat berjuang buat semua pasukan!

Jadual LKP 2017 bagi Div 1 minggu ke 19 yang akan berlangsung sebentar lagi. Semoga berjaya!
22/10/2017

Jadual LKP 2017 bagi Div 1 minggu ke 19 yang akan berlangsung sebentar lagi. Semoga berjaya!

Address

8 Persiaran Sukan
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liga Komuniti Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category