14/10/2024
PENGUMUMAN
Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (PIKUM) telah mengadakan dan menyusun atur jadual Latihan Seni Silat Kalam pada setiap hari Rabu (malam), Sabtu & Ahad yang terbuka kepada semua peringkat golongan umur di Akademi Kalam Malaysia, Ibu Pejabat, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Semua penduduk dan komuniti sekitar Bandaraya Shah Alam, Subang, Klang, Damansara, Puchong dan Petaling Jaya adalah dijemput untuk turut sama menyertai dan menghadiri Latihan Seni Silat Kalam yang akan dipelajari daripada Tuan Guru Utama Norman Zahalan dan Jurulatih-Jurulatih Seni Silat Kalam yang berpengalaman luas dalam disiplin seni mempertahankan diri.