19/11/2019
.tv
• • • • •
ULTIMATE FC BERPUAS HATI MUSIM PERTAMA DAN RAIH KELOMPOK LIMA TERBAIK SAINGAN LIGA M3 2019
Ultimate FC, kelab yang dibarisi majoriti pemain-pemain bolasepak dikalangan anggota beruniform dan berpusat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Semarak ini berpuas hati setelah menamatkan perjuangan dalam saingan Liga M3 yang kali pertama diperkenalkan.
The Cops II menduduki tempat kelima hanya dibezakan jaringan balas oleh Puchong Fuerza yang berada ditangga ke-empat liga yang terdiri dari kelab-kelab semi-pro dan amatur negara.
Menurut Presiden, Tuan Supt Mohd Ashari Haji Baidawi menyifatkan keputusan terakhir ini memberikan nilai positif gembira dan berpuas hati setelah banyak rintangan, dugaan dan berliku ditempohi The Cops II sejak awal musim dan percaya dengan tahap kepimpinan pasukan menerusi teraju utama iaitu Pengurus, Insp Yanti Mohd Saref dan Ketua Jurulatih, En. Zulkhairi Mohd Zabidi dalam mencorak dan merecanakan operasi dan taktikal pasukan sehingga tamat musim ini.
The Cops II bangkit semula dalam pusingan kedua dengan membuat beberapa perubahan mendadak dan drastik seperti pertukaran Ketua Jurulatih dan mengugurkan beberapa pemain yang kurang konsisten dan hanya menyerapkan beberapa pemain baru dan muda.
Tahniah kepada penyerang Import dari Nigeria, Chukwu Nnabuike Ijioke yang merupakan penjaring ketiga terbanyak liga musim ini dengan 22 gol sepanjang musim ini.
Difahamkan beberapa rombakan besar kepada pasukan akan berlaku musim depan demi memastikan perjalanan dan kekuatan seimbang demi persaingan yang dijangka lebih mencabar musim depan.
Hala Ultimate, Hala The Cops II
kredit foto: Kuching FA