25/12/2021
Alhamdulillah,
Dari hari ke-2 dilanda banjir hingga ke hari ini Selangor Legacy berkerjasama dengan Penggerak Belia Selangor DUN Lembah Jaya,PeBS DUN Teratai,Pebs Btg Kali,Penggerak Belia Selangor DUN Hulu Kelang,Penggerak Belia Selangor Dun Bukit Antarabangsa Penggerak Belia Selangor Dun Dengkil - N55 dengan menjadi Sukarelawan Selangor (Serve) bagi membantu misi bantuan ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir.
Dalam Misi bantuan ini kami berjaya mengagihkan makanan,bantuan sukarelawan membersihkan rumah mangsa dan bantuan barangan asas,air mineral dan sebagainya setakat kemampuan kekuatan yang kami ada..
Kami tidak mampu untuk membantu semua dan harap bantuan kecil kami ini dapat melegakan dan meringankan beban mangsa banjir.
Alhamdulillah hari ini kami dapat membersihkan 3 buah rumah dan salah satu nya Selangor Legacy Resthouse di Sungai lui Langat yang tidak terkecuali turut dilanda banjir..
Terima Kasih semua,In sya allah tahun hadapan kita akan mula kan kerja-kerja gotong royong baik pulih resthouse kita..
Tahniah dan terima kasih kepada semua Pengerusi dan Jawatankuasa Caw. Selangor Legacy..