JK Sukan & Rekreasi, Kelab SUK Selangor

JK Sukan & Rekreasi, Kelab SUK Selangor Jawatankuasa Sukan & Rekreasi,
Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 18, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam
Tel : 03-5544 7071 Faks: 03-55101088

Jadual Perlawanan yang melibatkan kontinjen Selangor pada hari  pertama perlawanan Karnival Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSE...
15/10/2024

Jadual Perlawanan yang melibatkan kontinjen Selangor pada hari pertama perlawanan Karnival Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) Kali Ke-9 Tahun 2024 Terengganu Darul Iman
SELASA | 15 OKTOBER 2024.
❤️💛

Ketika ini pasukan-pasukan SUK Selangor sedang giat menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai per...
13/07/2024

Ketika ini pasukan-pasukan SUK Selangor sedang giat menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang Karnival Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-IX Tahun 2024 yang akan berlangsung di Negeri Terengganu pada bulan oktober akan datang.

🏆 KVL SHAH ALAM DIV 3 | MATCH 8⚽️ SUKSEL FC vs XPRESEL FC🏟️ EV ARENA SHAH ALAM🗓️ RABU | 06.12.2023⏰ 9:30PM123, Let’s go ...
06/12/2023

🏆 KVL SHAH ALAM DIV 3 | MATCH 8
⚽️ SUKSEL FC vs XPRESEL FC
🏟️ EV ARENA SHAH ALAM
🗓️ RABU | 06.12.2023
⏰ 9:30PM

123, Let’s go SUKSEL FC 💪🏻

JOM SERTAI GELAK & G🤣LEK B😂WLING SANTAI 2023 ANJURAN KELAB SUK SELANGORTarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)Tempat : Alam La...
06/12/2023

JOM SERTAI GELAK & G🤣LEK B😂WLING SANTAI 2023 ANJURAN KELAB SUK SELANGOR

Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Tempat : Alam Lanes, Aeon Shah Alam
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Bayaran : RM10.00/seorang
Kategori : Individu & Berpasukan (3 orang)
Format : 3 Games seorang

PAUTAN PENDAFTARAN PENYERTAAN
https://ls.selangor.my/5oXk6c

TARIKH TUTUP : 15 DISEMBER 2023

- TERBUKA kepada AHLI KELAB SUK SAHAJA
- Tempat adalah terhad kepada 72 peserta terawal mendaftar.
- Penentuan pasukan akan di UNDI
- Sila bawa stokin SENDIRI

Pertanyaan :
http://wa.me/60173822048 (Zaki)
http://wa.me/60132078547 (Raudah)

Kelab SUK Selangor bersama MAKSAK Selangor akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Selangor 2023 seperti keteta...
26/06/2023

Kelab SUK Selangor bersama MAKSAK Selangor akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Selangor 2023 seperti ketetapan yang berikut :
Check In : 12.30 Tengahari
Roll Off : 2.00 Petang
Format : 5 Games
Kategori : Individu Lelaki & Individu Wanita
Yuran : RM 70.00
Lokasi : Sunway Megalanes, Sunway Pyramid
Tarikh Tutup : 05 Julai 2023

Penyertaan adalah terbuka kepada semua penjawat awam yang sedang berkhidmat di Negeri Selangor dan kepada semua Ahli Gabungan MAKSAK Selangor. Pendaftaran boleh dibuat di link berikut http://ls.selangor.my/vAgSGI

Sebarang pertanyaan lanjut Kejohanan boleh terus menghubungi En. Amli Shah ( 012 - 392 3469) / Pn. Raudah Zakaria ( 013 - 207 8547) / En. Mohd Zaki ( 017 - 382 2048) .

13/08/2022
11 Mac 2022 | 8 Syaaban 1443Hإنا لله وإنا إليه راجعون.JK Sukan & Rekreasi, Kelab SUK Selangor  merakamkan ucapan Takziah...
11/03/2022

11 Mac 2022 | 8 Syaaban 1443H

إنا لله وإنا إليه راجعون.
JK Sukan & Rekreasi, Kelab SUK Selangor merakamkan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Jamili Faidhi bin Mohd Jamil, Penolong Jurutera JA29 yang juga merupakan Penyelaras Bola Sepak kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻.

Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

12/02/2022

TIKET PERCUMA UNTUK TONTON BATC SELANGOR 2022 DI PUSAT KONVENSYEN SETIA CITY

SHAH ALAM (12 Februari 2022) - Peminat badminton berpeluang menyaksikan aksi bintang dan pasukan berkelas dunia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) Selangor 2022 secara percuma di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula 15 hingga 20 Februari ini.

Tiket masuk dikeluarkan secara percuma buat orang ramai menerusi pendaftaran di laman web https://selangorbatc2022.com.

Begitupun, jumlah tiket dan tempat duduk untuk penonton adalah terhad disebabkan pematuhan kepada Prosedur Standard Operasi ketat yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan mengawal jangkitan Covid-19 di venue pertandingan dan kawasan sekitar.

Kejohanan enam hari itu akan berlangsung dalam dua sesi dan tempahan tiket bagi kedua-dua sesi pagi dan petang akan hanya dibuka sehari sebelum setiap pertandingan bermula jam 12 tengahari dan tutup pada 11.59 malam.

Bagi yang berjaya menempah tiket menerusi laman web, tiket elektronik akan dihantar menerusi emel masing-masing. Tiket perlu dibawa bersama-sama dengan Kad Pengenalan atau nombor passport sebagai bukti untuk memasuki venue kejohanan.

Pemilik tiket mesti mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk mengimbas Sijil Vaksinasi Digital MySejahtera, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal sepanjang berada di venue pertandingan.

Hanya penonton yang telah lengkap vaksinasi dua dos dibenarkan masuk ke venue kejohanan manakala kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun adalah dilarang masuk.



22 Feb 2022 : Telah berlangsung perlawanan akhir e-sport FIFA 22 kategori 1 vs 1.Tahniah Encik Noh Ramlan dari Majlis Ti...
10/02/2022

22 Feb 2022 : Telah berlangsung perlawanan akhir e-sport FIFA 22 kategori 1 vs 1.

Tahniah Encik Noh Ramlan dari Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) selaku Juara dan Encik Azarul Afandi Zainal Abidin dari Bahagian Khidmat Pengurusan selaku Naib. Juara.

10/2/2022 (9.00 pagi) : Mengadakan pertemuan bersama penyelaras-penyelaras sukan bagi membincangkan mengenai beberapa pe...
10/02/2022

10/2/2022 (9.00 pagi) : Mengadakan pertemuan bersama penyelaras-penyelaras sukan bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berbangkit khususnya melibatkan penganjuran SUKSEM Ke-VIII, Program Turun Daerah serta program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2022.

Semua program yang bakal dilaksanakan ini bergantung kepada situasi dan keadaan semasa kes acovid19.

Mesyuarat juga merakamkan ucapan tahniah kepada team Dart, Team Ping Pong & Bola Sepak yang telah berjaya dalam kejohanan-kejohanan serta pemilihan MAKSAK Selangor baru-baru ini.

Pertemuan ini turut dihadiri Setiausaha Kelab yang baharu Encik Norisham bin Shahrudin Norisham Sharuddin.

JK Sukan juga merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Muhamad Faiz bin Mohamed Yusof Faiz Yusof selaku Bendahari Kelab yang baharu.

10/11/2021: Sekitar Perlawanan Badminton Persahabatan diantara Kelab SUK Selangor bersama Kelab Sukan apejabat Tanah & G...
10/11/2021

10/11/2021: Sekitar Perlawanan Badminton Persahabatan diantara Kelab SUK Selangor bersama Kelab Sukan apejabat Tanah & Galian Selangor yang turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)dan Timbalan Pengarah (apengurusan) Pejabat Tanah dan galian Selangor.

Terima kasih kepada pihak Kelab Sukan PTGS selaku tuan rumah.

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0355447071

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JK Sukan & Rekreasi, Kelab SUK Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share