Traditional Archery Association of Malaysia - TAAM

Traditional Archery Association of Malaysia - TAAM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Traditional Archery Association of Malaysia - TAAM, Professional Sports Team, No 11, Jalan Elektron U16/P, Denai Alam, Shah Alam.

Nota Penghargaan kepada : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis   Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) ingin me...
02/06/2026

Nota Penghargaan kepada :
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) ingin merakamkan setinggi‑tinggi penghargaan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan acara Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2026 kali ini.

Kehadiran pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menjadi pembakar semangat kepada semua atlet memanah Tradisional seluruh Malaysia yang berukhuwah di Negeri Perlis tahun ini sekali gus memperkukuh semangat belia dan memperkayakan warisan sukan tradisional negara. Kerjasama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan, malah menyerlahkan nilai kebanggaan bangsa yang menjadi teras perjuangan.

Kami amat menghargai segala usaha dan berharap dapat terus berganding bahu dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dalam penganjuran acara‑acara akan datang.

Terima kasih daun keladi
Lain kali kami mai lagi

Nota Penghargaan kepada :Traditional Archery Association of Perlis - TAAPs Bagi pihak TAAM, kami ingin merakamkan seting...
02/06/2026

Nota Penghargaan kepada :
Traditional Archery Association of Perlis - TAAPs

Bagi pihak TAAM, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & tahniah di atas Penganjuran KMTK 2026 Perlis pada kali ini.

Perancangan yang teliti dan usaha kearah menyatukan atlet terbaik tanah air, ukhuwah rakan gabungan, dan kehadiran para penyokong sangat-sangat mengujakan kemeriahan KMTK kali ini.

Tahniah ....



Kepada Tuan Rumah KMTK 2026, semoga majlis berjalan lancar & mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat...
27/05/2026

Kepada Tuan Rumah KMTK 2026, semoga majlis berjalan lancar & mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat :

Traditional Archery Association of Perlis - TAAPs

DAN TAAM ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua Kontinjen Negeri :

Persatuan Memanah Tradisional Johor
Meltra- Persatuan Memanah Tradisional Melaka
Pemanah Warisan N. Sembilan - Pewaris
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Selangor - DESTAR
Persatuan Memanah Tradisional Kuala Lumpur - PMTKL
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Pahang - PMTNP
Pentras - Persatuan Memanah Tradisional Pulau Pinang
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Perak
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Terengganu Gapeter
Persatuan Memanah Tradisional Kelantan - Keltaa
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak Biro Wanita Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak
Persatuan Memanah Tradisional WP Putrajaya
Persatuan Memanah Tradisional WP Labuan
Sabah Traditional Archery Association - STARA

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1447H27 Mei 2026M
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1447H
27 Mei 2026M

MEI HADIR LAGI... THE CLASH OF ARROWS kali ini akan berlangsung di Perlis Indera Kayangan.TAAM mengalu-alukan semua kont...
06/05/2026

MEI HADIR LAGI...
THE CLASH OF ARROWS kali ini akan berlangsung di Perlis Indera Kayangan.

TAAM mengalu-alukan semua kontinjen negeri untuk bertemu di Kompleks Sukan UITM Arau ..jumpa anda di sana



Innalillahiwainnailaihirojiun.....Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Jalal Busri Semoga arwah ditempatkan di k...
19/04/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Jalal Busri
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman 🤲🏻

Semoga diberi kekuatan kepada seluruh ahli keluarga arwah..

Kepada semua sahabat, sumbangan seikhlas hati boleh di buat ke akaun isteri arwah seperti berikut:

Nor Khairiah ibrahim (isteri arwah)
03102020079877 bank islam

Bersama-sama kita sedekahkan Surah Al Fatihah kepada sahabat EXCO TAAM, Tuan Jalal Busri.Sesungguhnya kami adalah milik ...
18/04/2026

Bersama-sama kita sedekahkan Surah Al Fatihah kepada sahabat EXCO TAAM, Tuan Jalal Busri.

Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kepada Nya jua kami kembali.

Semoga Allah memberi kesabaran kepada seluruh ahli keluarga beliau.

With World Ethnosport Union – I just made it onto their weekly engagement list by being one of their top engagers! 🎉
16/04/2026

With World Ethnosport Union – I just made it onto their weekly engagement list by being one of their top engagers! 🎉

MAKLUMAN PENTING Berikut dilampirkan Senarai Semak untuk Permohonan Penganjuran & Pelibatan Murid dalam kejohanan memana...
08/04/2026

MAKLUMAN PENTING

Berikut dilampirkan Senarai Semak untuk Permohonan Penganjuran & Pelibatan Murid dalam kejohanan memanah.

Penganjur perlu mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan.

Sumber :
Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

08/04/2026

~ ULANG SIAR ~

Rasmi TAAM (11 Jun 2024)
Penganjuran Kejohanan Memanah Tradisional Seluruh Malaysia

Kepada : Semua Penganjur

Mohon ambil perhatian : Semua penganjuran Kejohanan Memanah Tradisional yang melibatkan penyertaan pemanah tradisional dari seluruh negara perlu mendapat sokongan dari Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM). Makluman ini mengambil kira semua negeri sama ada yang sudah menjadi Ahli Gabungan TAAM ataupun masih dalam proses untuk memohon menjadi Ahli Gabungan TAAM.

Untuk penganjur yang berstatus Kelab :
Perlu mendapat sokongan dari Persatuan Memanah Tradisional Daerah.

Untuk penganjur berstatus Persatuan Daerah :
Perlu mendapat sokongan Persatuan Memanah Tradisional Negeri.

Pihak TAAM sentiasa membuka ruang kepada mana-mana Kelab, Persatuan Daerah atau Persatuan Negeri yang ingin mengadakan perbincangan berkaitan halatuju organisasi masing-masing mengikut keperluan yang telah digariskan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan segala kebaikan yang telah dirancangkan dalam memartabatkan sukan memanah tradisional di Malaysia.

Address

No 11, Jalan Elektron U16/P, Denai Alam
Shah Alam
40160SHAHALAM

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60196103030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Traditional Archery Association of Malaysia - TAAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share