Hall Of Fame Selangor

Hall Of Fame Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hall Of Fame Selangor, Stadium, arena & sports venue, Persiaran Sukan, Shah Alam.

06/07/2025

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Firos Mohamed, bekas penjaga gol Pulau Pinang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah

06/02/2024

Selangor FC turut berdukacita dengan pemergian bekas pemain kebangsaan dan Selangor, Ab Mohd Khalid Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi.

Untuk makluman, Allahyarham telah bermain dengan dari tahun 1976 sehingga 1981 dan tahun 1985 sehingga 1986. Beliau telah menjaringkan 10 gol dan menjulang Piala Malaysia sebanyak 4 kali bersama skuad Merah Kuning.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau.❤️💛

Kalau mengikut sejarah, kelab Malaysia yang paling berjaya di pentas TERTINGGI Asia, masih lagi Selangor FC. The one and...
05/05/2023

Kalau mengikut sejarah, kelab Malaysia yang paling berjaya di pentas TERTINGGI Asia, masih lagi Selangor FC.

The one and only - so far.

Malaysian Football League Football Association of Malaysia AFC Champions League UltraSel Curva Persatuan Bolasepak Selangor

SEJARAH : BANGUNAN PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (WISMA FAS)Bangunan Persatuan Bolasepak Selangor atau Wisma FAS Terletak...
08/11/2022

SEJARAH : BANGUNAN PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (WISMA FAS)

Bangunan Persatuan Bolasepak Selangor atau Wisma FAS Terletak Di Jalan Maharajalela Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Raja Muda Selangor (RMS) ketika itu iaitu Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 24 Jun 1973 bagi mengantikan Rumah FAS (FAS House) di Jalan Conlay Kuala Lumpur yang digunakan sejak tahun 1936.

Pada tahun 1994 Wisma FAS berpindah ke Kelana Jaya

Trivia : Wisma FAS Jalan Maharajalela Berhadapan Dengan Bekas Bangunan Wisma FAM Yang Lama Yang Sekarang Ini Bersebelahan dengan Hotel Mirama

DAULAT TUANKU
06/06/2022

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku!

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Semoga Allah S.W.T memberi kesihatan yang baik serta melanjutkan usia dan pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Sembah Takzim dari kami Selangor FC buat Tuanku.

26/05/2022

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).

Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dan muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran untuk ahli keluarganya.”

Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615713249501915&id=100031897353455
05/01/2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615713249501915&id=100031897353455

Abdul Hamid Ramli
1953-2022

Salam takziah diucapkan kepada waris dan keluarga Allahyarham Abdul Hamid Ramli, yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi jantung pada usia 68 tahun.

Abdul Hamid yang dilahirkan pada 9 April 1953, adalah bekas penjaga gol skuad negara yang beraksi di Piala Asia AFC di Tabriz, Iran pada 1976 dan Piala Asia AFC di Kuwait pada 1980.

Selain menjuarai Pestabola Merdeka 1976 dan 1979, Hamid menganggotai skuad negara yang mengutip pingat emas di Sukan SEA Jakarta pada 1979.

Seangkatan dengan mendiang Datuk R. Arumugam, mendiang Ong Yu Tiang dan mendiang Peter Rajah, Abdul Hamid bersaing hebat untuk mengawal gawang negara. Asalnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan oleh Allahyarham Jalil Che Din pada 1975, Abdul Hamid menembusi pintu skuad utama apabila dipilih menjadi penjaga gol kedua kepada Arumugam pada pusingan akhir Piala Asia AFC di Iran pada 1976.

Pada 1979, Abdul Hamid akhirnya menjadi penjaga gawang utama, membantu skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia AFC di Kuwait, menjuarai Pestabola Merdeka dan mengutip pingat emas Sukan SEA. Bagaimanapun, atas sebab komitmen kerja, Abdul Hamid menarik diri daripada skuad pra-Olimpik 1980.

Pada zaman kemuncaknya, Abdul Hamid menganggotai skuad Kelantan yang dibarisi nama-nama besar seperti Nik Fauzi Hassan, Mahadi Yussof, Kamaruddin Mohd Nor, Yassin Mohd Noor, Nik Salleh Nik Man dan Ramli Abdullah.

Menggantikan Awang Isa selaku penjaga gol utama Kelantan dari 1974 hingga berhijrah ke Sarawak pada 1985, Abdul Hamid meninggalkan jasa cukup besar buat bola sepak tempatan, secara umumnya.

Menemani mentornya yang juga bekas jurulatih negara, Mohamed Che Su, Abdul Hamid menghabiskan dua musim di Kuching sebelum kembali ke Kelantan dan mengumumkan persaraannya. Allahyarham meneruskan kerjaya selaku jurulatih penjaga gol bersama beberapa pasukan, termasuk Kelantan, Angkatan Tentera, KM Naza, Polis Diraja Malaysia dan Negeri Sembilan.

Kepuasan Allahyarham ialah mengasuh beberapa penjaga gol termasuk Halim Napi, Hamsani Ahmad, Yazid Yassin, Allahyarham Suffian Abdul Rahman dan Azizon Abdul Kadir.

Mendirikan rumahtangga dengan Fatimahwati Haji Dahlan, pasangan itu dikurniakan lapan anak.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solehin.

Al-Fatihah.

11/10/2021

SCOTT OLLERENSHAW pernah sarung jersi Selangor!

Tahukah anda, penyerang Import legenda Sabah, Scott Ollerenshaw pernah menyarung jersi pasukan Selangor dalam satu perlawanan persahabatan menentang Manchester United di Stadium Shah Alam pada tahun 1995.

Selain Scott, seorang lagi pemain yang turut bermain bersama Seangor adalah pertahanan Import Pahang, Allan Davidson. Dalam perlawanan tersebut, Scott Ollerenshaw berjaya menjaringkan satu gol biarpun Selangor tewas 1-4.

credit photo: Selangor Hall Of Fame

Jom Subcribe Channel Youtube
29/09/2021

Jom Subcribe Channel Youtube

‼️HALL OF FAME SELANGOR MEMBUKA PRIVATE LEAGUE UNTUK MALAYSIA CUP DI TEAM FANTASIA‼️Dengan sepak mula Piala Malaysia eso...
26/09/2021

‼️HALL OF FAME SELANGOR MEMBUKA PRIVATE LEAGUE UNTUK MALAYSIA CUP DI TEAM FANTASIA‼️

Dengan sepak mula Piala Malaysia esok, Hall Of Fame Selangor di Team Fantasia membuka private league Fantasy Malaysia Cup di laman web kami dan menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti anda bagi tiga pengurs tebaik dan 1 pengurus yg mendapatkan point tertinggi untuk peringkat kumpulan dan semi final akan mendapat jersey team tempatan kegemaran mereka.

Yuran penyertaan bagi private league ini hanya RM15 sahaja

Cara- cara menyertai private league ini:
1. Daftar fantasy team anda di (https://app.teamfantasia.com)
2. Pilih Malaysia Cup
3. Setup team anda
4. Masukkan code league ini (ZNlnTTX)
5. Anda akan terus di halakan ke laman pembayaran
6. Anda telah berjaya join private league Hall of Fame Selangor

Tekan link ini untuk menyertai private league Hall of Fame sekarang 👇🏻👇🏻👇🏻
https://app.teamfantasia.com/auto-join/league/ZNlnTTX

Muat turun aplikasi Team Fantasia dan daftar pasukan Fantasy Piala Malaysia anda sekarang bersama kami!

Android ➡️ https://play.google.com/store/apps/details?id=com.teamfantasia.appbeta

Web ➡️ https://app.teamfantasia.com/login

iOS ➡️ https://apps.apple.com/us/app/team-fantasia/id1574135830

Team Fantasia merupakan aplikasi permainan fantasy bola sepak yang dibina oleh bakat tempatan. Setakat ini sebanyak 4 jenis liga telah berada dalam platform kami (Fantasy Liga Super Malaysia, Fantasy English Premier League, Fantasy UEFA Champion League dan Fantasy Piala Malaysia).

Kami tidak berkaitan dengan laman-laman fantasy yang lain.

Address

Persiaran Sukan
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hall Of Fame Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share