24/07/2022
Syukur Alhamdulillah, pada 23 Julai 2022 bersamaan dengan hari Sabtu semalam, satu siri Perlawanan Persahabatan Ping Pong di antara Red Giant Ping Pong Disable Club (RGPDC) dan Kelab Ping Pong Bahagian Perolehan, KPM telah selamat dijalankan dengan jaya dan meriahnya di Dewan Cendana 27B Shah Alam, Selangor.
Format perlawanan yang berlangsung adalah Perseorangan dan Beregu secara Best of 5. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang cukup sengit dan menarik dalam perlawanan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Suliman bin Abdul Rahman, SU Bahagian Perolehan KPM kerana sudi hadir bersama untuk memeriahkan perlawanan persahabatan di antara dua kelab ini.
Semangat permainan yang penuh kesungguhan dan ukhwah yang terjalin diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara kedua buah pasukan pada sesi majlis penutup.
Terima kasih kepada semua yang turut serta secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan perlawanan persahabatan di antara kedua buah kelab ping pong ini.
Kami di RGPDC mengalu-alukan mana2 jemputan perlawanan persahabatan untuk menambah baik mutu permainan kami dari semasa ke semasa.