20/10/2022
Penyu adalah haiwan reptilia yang dikenali sebagai fosil hidup kerana telah hidup berjuta tahun.
Penyu betina akan kembali ke pantai yang sama ia menetas utk bertelur
Jantina penyu ditentukan oleh suhu dimana betina akan lahir jika suhu telur tinggi manakala jantan lahir jika suhu telur rendah.
Penyu tiada gigi, mulut mereka seperti paruh digunakan utk meragut dan menguyah makanan seperti rumput laut, karang laut, kerang, kepitang, timun laut dll.
Penyu memiliki paru2 untuk bernafas, dan perlu kepermukaan air untuk menghirup udara.
Oleh itu, penyelam tidak boleh melakukan aksi melampau seperti mengejar, menghalang, memegang malah menunggang penyu kerana dikuatiri ia akan mati lemas didalam air.
Banyak kes berlaku dimana penyu mati termakan plastik yang disangkakan obor2.
Jadi, pastikan kita sama2 menjaga kebersihan laut samada semasa melakukan selaman SCUBA ataupun semasa bersiar dipantai atau laut.