15/03/2025
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.
Untuk makluman semua, EX UiTM Dungun FC baru sahaja kehilangan sahabat Safian yang dikenali sebagai BOB. Arwah merupakan seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan arwah seorang yang sangat baik dikalangan rakan-rakan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para soleh dan diangkat darjatnya.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Berehat lah Bob . Selamat pulang ke negeri abadi. Mohon yang berkelapangan sama-sama kita doakan buat sahabat kita ini.
Bagi meringankan urusan keluarga beliau, kawan-kawan bolehlah memberi sumbangan melalui QR Isteri Arwah iaitu Shairah binti Ahmad dibawah.
Sekali lagi kami dari keluarga Ex Uitm Dungun FC mendoakan agar segala urusan dipermudahkan & keluarga beliau terus tabah dalam ujian yang dihadapi.