10/08/2026
Semuanya bermula dari sebuah ruang yang memerlukan penambahbaikan. Sedikit demi sedikit, melalui perancangan, kerja keras dan komitmen pelbagai pihak, Pusat Akuatik Darul Ehsan kini digelar Akuatik Selangor.
Melalui transformasi menyeluruh tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, berkualiti dan bersedia untuk menjadi fasiliti sukan akuatik berprestij di Selangor, setiap fasa penambahbaikan menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam merealisasikan sebuah pusat akuatik yang lebih baik.
Setelah melalui proses pembangunan dan naik taraf yang menyeluruh, Akuatik Selangor kini berada pada tahap kesediaan untuk beroperasi sebagai salah satu lokasi bagi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.
Akuatik Selangor akan dibuka kepada orang awam sejurus tamat SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026, sebagai kemudahan sukan akuatik dan rekreasi yang inklusif, sekali gus menyediakan ruang bagi komuniti, atlet serta generasi akan datang untuk terus mengembangkan minat, bakat dan penglibatan dalam bidang sukan serta aktiviti akuatik.