Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam Laman Facebook Rasmi Kompleks Sukan Shah Alam

Kemaskini Terkini Projek KSSAKerja perobohan struktur diteruskan di kawasan Extreme Park Seksyen 13 sebagai sebahagian d...
23/02/2026

Kemaskini Terkini Projek KSSA

Kerja perobohan struktur diteruskan di kawasan Extreme Park Seksyen 13 sebagai sebahagian daripada proses pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam.

Status kemajuan projek kini mencapai 7.33%.
Kerja-kerja di tapak dijalankan secara berperingkat dan terkawal.

Pihak kami menghargai kesabaran serta kerjasama komuniti setempat sepanjang tempoh pelaksanaan ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami.

KEMASKINI TERKINI PROJEK KSSAProjek Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) kini berada pada tahap 6.61% dan berjalan mengikut p...
16/01/2026

KEMASKINI TERKINI PROJEK KSSA

Projek Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) kini berada pada tahap 6.61% dan berjalan mengikut perancangan.

Ketika ini, tumpuan adalah kepada kerja-kerja tanah dan persediaan tapak, iaitu fasa awal sebelum pembinaan seterusnya dimulakan. Semua kerja dilaksanakan secara berperingkat dengan pemantauan rapi bagi mengurangkan kesan kepada komuniti sekitar.

Sasaran siap projek ini adalah pertengahan 2029. Terima kasih kepada penduduk setempat dan orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan. Kami akan terus berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa.

KSSA bukan sekadar kompleks sukan.Ia dirancang sebagai pembangunan bersepadu yang menyokong kehidupan seharian komuniti ...
19/12/2025

KSSA bukan sekadar kompleks sukan.
Ia dirancang sebagai pembangunan bersepadu yang menyokong kehidupan seharian komuniti sekitar.

Perancangan ini merangkumi kegunaan awam, sokongan kepada aktiviti komersial dan perniagaan tempatan, kemudahan sosial serta akses mobiliti dengan matlamat memberi manfaat jangka panjang kepada orang awam dan penduduk setempat.

KSSA dibangunkan untuk hari ini dan generasi akan datang.


Address

Stadium Shah Alam
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stadium Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Stadium Shah Alam:

Shortcuts

Share