30/11/2024
*[URUS SETIA BELIA & SUKAN NEGERI KELANTAN]*
_Tarikh: 28 November 2024_
*SEGERA!*
_Assalamu'alaikum w.b.t._
Ke Majlis,
Pengurus Pasukan,
Urus Setia Kejohanan,
Kump**an Pengadil,
Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar (Piala MB) Kelantan 2024
Tuan,
*PENANGGUHAN PERLAWANAN KEJOHANAN PIALA MB 2024*
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan pembukaan yang akan berlansung pada 29 & 30 November 2024.
3. Keputusan berat ini terpaksa dibuat mengambil kira situasi semasa banjir yang semakin buruk di seluruh Kelantan dan juga keadaan padang yang tidak sesuai digunakan akibat banjir.
4. Keselamatan dan kesejahteraan para pemain, pegawai pasukan, urus setia & Pengadil menjadi keutamaan pihak penganjur. Pihak Penganjur berpandangan adalah lebih sesuai untuk semua berada bersama keluarga masing-masing sepanjang tempoh bencana banjir ini.
5. Pihak penganjur menghargai dan merakamkan ucapan terima kasih atas persediaan dan komitmen semua pasukan bagi menghadapi perlawanan pertama kejohanan pada tahun ini.
6. Segala kerjasama dan sokongan yang semua pihak berikan sangatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan _Jazakallahu Khairan Kathira_.
Sekian, terima kasih.
*_URUS SETIA BELIA & SUKAN_*