Pantai Siring Recreation Centre

Pantai Siring Recreation Centre WELCOME TO REDTMA PANTAI SIRING ! Rasakan pengalaman berkayak dilaut sambil menikmati keindahan berlatarbelakangkan Pulau Besar Melaka..

Sports and recreation venue

02 - 05 Februari 2026Venue : Sri Puteri Challet, Pulau Besar MelakaKursus Asas Rekreasi Luar (Outrec 1)Tahniah kepada ke...
05/02/2026

02 - 05 Februari 2026
Venue : Sri Puteri Challet, Pulau Besar Melaka

Kursus Asas Rekreasi Luar (Outrec 1)

Tahniah kepada kesemua 50 peserta dari
Politeknik Merlimau - PMM (Jabatan Pelancongan & Hospitaliti) yang berjaya menghabiskan kursus 4h3m ini dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada barisan jurulatih yang terlibat, pensyarah2 yang mengiringi serta semua yang terlibat menjayakan kursus kali ini.



Berminat nak buat kursus pensijilan yang diperakui seperti ini?

013-346 7614
019-259 1001

24 Januari 2026 (Sabtu)Program 'Day Trip' bersama cikgu-cikgu dari Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau..
24/01/2026

24 Januari 2026 (Sabtu)

Program 'Day Trip' bersama cikgu-cikgu dari
Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau..

EH J*P J*P J*P!APA PLAN CUTI MERDEKA TAHUN NI?Dok umah je? Kemon ler…Cuti Merdeka bukan untuk baring tengok kipas je!Bac...
31/07/2025

EH J*P J*P J*P!
APA PLAN CUTI MERDEKA TAHUN NI?

Dok umah je? Kemon ler…
Cuti Merdeka bukan untuk baring tengok kipas je!

Baca ni ha.. 👇🏻

Kelab Sukan Rekreasi Redtma dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka membawakan kepada anda:
🎉 EKSPLORASI MERDEKA 2025 🎉
Satu pengalaman jelajah pulau yang confirm lari dari rutin biasa!

📅 Tarikh: 31 Ogos 2025 (Ahad)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Pulau Besar ➤ Pulau Dodol ➤ Pulau Nangka ➤ Pulau Besar

💸 RM80/head – lengkap dengan:
👕 T-shirt Sublimation
🚤 Tiket bot
🤿 Peralatan snorkeling
🍛 Makan tengahari
🎟️ Tiket masuk Taman Laut & BKSA

Nak pengalaman sambut Merdeka sambil feeling island vibes & adventure? Inilah masanya!
Tempat TERHAD tau, siapa cepat dia dapat!

📲 Detail lanjut tengok kat poster atau terus hubungi nombor yang tertera 👍🏻
📞 Ada soalan? Tanyalah Bella — 017-2098342

MARI LER DAFTAR SEGERA! 😜
Kalau malas nak scan QR code tu, klik je link ni haa:
🔗https://forms.gle/e6PMoKojmrdMeiTA6

📌 Tarikh tutup penyertaan: 20 OGOS 2025!

Selesai Kursus Kepimpinan SMJK Tinggi Cina Melaka semalamSeramai 97 pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mengikut...
30/05/2025

Selesai Kursus Kepimpinan SMJK Tinggi Cina Melaka semalam

Seramai 97 pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mengikuti kursus ini.

Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menyelesaikan semua aktiviti seperti :

• Abseiling
• Orienteering Game
• Bantu Mula (Balutan Anduh)
• Gamification

Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan dan kepercayaan kepada tim kami untuk menjalankan kursus kali ini..

Semoga ada ruang dan peluang lagi untuk kita bekerjasama untuk kursus atau program2 sekolah yang lainnya nanti.. aamin

Terima kasih juga kepada jurulatih2 yang terlibat dalam kursus ini.

Motto sekolah :
'Beriltizam Untuk Kecemerlangan'

Kem cuti sekolah REDTMA ini bukan sahaja akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan, tetapi juga mengajar peserta ban...
13/01/2025

Kem cuti sekolah REDTMA ini bukan sahaja akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan, tetapi juga mengajar peserta banyak perkara..

Peserta akan belajar tentang kepentingan memelihara serta menambah pengalaman belajar dengan alam semula jadi, bekerjasama sebagai satu pasukan, dan menghadapi cabaran dengan berani..

Kenangan indah menghadiri kem ini akan sentiasa tersimpan dalam hati para peserta dan akan menjadi pengalaman dan pembelajaran yang baik dalam perjalanan kehidupan mereka..

Berminat untuk daftarkan anak Tuan Puan?

Hubungi atau wasap secara terus ke li.nk di bawah ini 👇🏼

Wasap.my/60133467614/kemcutisekolahRedtma

…kepada yang bertanya.1. Workshop bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang ‘Outdoor Education’, ‘Outdoor Recreation’ ...
05/01/2025

…kepada yang bertanya.

1. Workshop bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang ‘Outdoor Education’, ‘Outdoor Recreation’ dan ‘Outdoor Development’. Dimanakah kegiatan anda sekarang? Dan apakah ‘legal implication’ dan mengikut kepiawaian apakah antara 3 itu.

2. Cara dan kaedah membentuk dan membangunkan program dengan pengetahuan teori-teori, penyelidikan yang ada dan isu-isu ‘socio-cultural’ dalam ASIA.

3. ‘Program Quality Audit’ asas dalam institusi sendiri menerusi beberapa prinsip evaluasi.

…target participants:- Guru atau lecturer dalam industry luar darjah. Jurulatih yang mahukan pendidikan dan pembangunan diri kepada tahap Program Developer. Student dari fakulti outdoor; politeknik ataupun university.

…sehari tetapi padat. Insyaallah, banyak bertanya, saya minum segelas air dan akan teruskan berikan sharing sebanyak mungkin.

Nawaitu saya: meningkatkan lagi martabat Outdoor Education dan status Jurulatih Outdoor Education. Workshop retirement saya…

Kem cuti sekolah 3 hari 2 malam yang padat dengan aktiviti² yang adventure dan menyeronokkan..Dikendalikan sendiri oleh ...
05/01/2025

Kem cuti sekolah 3 hari 2 malam yang padat dengan aktiviti² yang adventure dan menyeronokkan..

Dikendalikan sendiri oleh tim kami yang dah biasa dan mahir menguruskan group² baik diperingkat sekolah mahupun korporat..

Mana nak dapat program yang peserta²nya nanti akan dibawa bersiar² naik bot? 🤗

InsyaAllah, mesti anak² tuan puan akan merasakan pengalaman yang berbeza dari kem² sebelumnya yang mereka pernah join🤗

Boleh hubungi atau tekan li.nk wasap untuk pendaftaran juga untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut 👇🏼

Wasap.my/60133467614/kemcutisekolahRedtma

Tolong² bantu tag atau share pun mantap juga! 🤗

SK TAMBAK PAYA14 Disember 202464 PesertaSCHOOL & COLLEGE DAYTRIP PACKAGEPANTAI SIRING - RM60/pax (Min 40pax)Awal perbinc...
16/12/2024

SK TAMBAK PAYA
14 Disember 2024
64 Peserta

SCHOOL & COLLEGE DAYTRIP PACKAGE
PANTAI SIRING - RM60/pax (Min 40pax)
Awal perbincangan dengan GPK Koko maklumkan pihak sekolah nak setup aktiviti flying fox dan abseiling di sekolah untuk program perkhemahan 2 hari 1 malam
Selepas perbincangan lebih lanjut, melihat kepada kos dan kesesuaian tempat, akhirnya mereka buat aktiviti di Redtma Pantai Siring
9 pagi
Bas yang membawa peserta tiba di Pantai Siring, kemudian mereka dikumpulkan untuk diberi taklimat berkenaan kawasan dan juga berkaitan keselamatan serta perjalanan program..
9.30 pagi
Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan aktiviti dijalankan serentak menggunakan rotaring system..
10.30 pagi
Minum pagi disediakan oleh pihak sekolah sendiri sambil peserta melakukan aktiviti..
12.30
Alhamdulillah, ketiga-tiga aktiviti berjaya diselesaikan mengikut waktu seperti yang dirancang kerana pihak sekolah nak adakan terus majlis penutup di sini dan mereka sewa dewan juga pa system milik MD Resort..
12.45
Majlis penutup dan penyampaian hadiah dan
peserta diberi makan tengahari (bungkus)

1.30
Peserta menaiki bas untuk pulang ke sekolah dan program selesai dengan jayanya..

Alhamdulillah..

Terima kasih kepada Guru Besar SK Tambak Paya, GPK Kokurikulum, Guru² yang terlibat, wakil PIBG sekolah, jurulatih, kru serta pihak MD Resort kerana telah menjayakan program ini..

30 November 2024Program Ekspedisi Kayak Kelab Kembara UTHM28 peserta, 12 unit double SOT, 4 unit single SOT, 2 unit sing...
06/12/2024

30 November 2024

Program Ekspedisi Kayak
Kelab Kembara UTHM

28 peserta, 12 unit double SOT, 4 unit single SOT, 2 unit single SOT untuk 2 orang guider, 1 inflatable rescue boat..

Sampai je mereka di Pantai Siring (PS), mereka sarapan, kemudian buat sedikit pemanasan, water confident dan taklimat yang dilakukan oleh wakil trainer mereka sendiri..
Selepas selesai perbincangan dan taklimat dari pihak Redtma, ekspedisi dimulakan..
Alhamdulillah cuaca hari itu sangat² baik, air laut yang tenang, angin yang perlahan dan langit sedikit mendung..
Dan ekspedisi berjalan dengan baik dan selamat dari awal pergerakan, singgah di Pulau Burung, singgah di Pulau Lalang dan berakhir di Pulau Besar Melaka..
Mereka juga ada buat tempahan makan tengah hari untuk kumpulan mereka..
Sebelah petangnya, mereka adakan aktiviti eksplorasi Pulau Besar, setelah itu balik ke darat menaiki bot laju
Tahniah kepada urus setia, peserta dan juga guider dari Redtma yang terlibat dalam ekspedisi kayak ini
anda semua AWESOME❗

Tim anda nak buat ekspedisi berkayak seperti mereka❓

Hubungi kami segera
013-346 7614

29 September 2024Aktiviti Perahu Panjang bersama Kuala Lumpur Sports Medicine Centre Sdn BhdPantai Siring ➡️ Pulau Burun...
16/10/2024

29 September 2024

Aktiviti Perahu Panjang bersama Kuala Lumpur Sports Medicine Centre Sdn Bhd
Pantai Siring ➡️ Pulau Burung
"Wah, macam ni punya kayuh dan tak penat, kita pergi jauh sikit la abang.."
"Ini pertama kali saya naik ini macam punya bot tau (perahu panjang).."
"ini macam saya boleh relaks, biar mereka saja yg dayung..😅"
Nak buat program atau teambuilding untuk tim anda?

👉🏼 013-346 7614

Address

LOT 1591-8, Jalan PANTAI SIRING, SERKAM PANTAI, MERLIMAU, MELAKA
Serkam
77300

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 19:00
Sunday 08:00 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pantai Siring Recreation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pantai Siring Recreation Centre:

Shortcuts

Share