25/02/2026
KURSUS SAINS SUKAN TAHUN 2026 (SARAWAK)
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK DAN PERBADANAN SUKAN SARAWAK DENGAN KERJASAMA AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (AKK) ISN
Link permohonan akan dibuka pada 2 Mac 2026 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 Petang . Peserta boleh membuat permohonan dengan mengimbas “QR CODE” di bawah:
PERHATIAN:
Sila isi maklumat dengan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.
SYARAT PERMOHONAN :
1. Permohonan hanya dibuka kepada orang Sarawak atau yang telah menetap di Sarawak sekurang-kurangnya 2 tahun.
2. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui emel memaklumkan bahawa permohonan telah berjaya dan diterima untuk menyertai kursus.
3. Peserta yang tidak menerima emel 2 minggu sebelum tarikh kursus bermakna tidak berjaya.
4. Pihak penganjur hanya akan mengeluarkan surat tawaran sahaja. Surat pelepasan kepada majikan diurus sendiri oleh peserta.
5. Sila layari link untuk mengetahui syarat dan kelayakan permohonan kursus lebih lanjut :
https://coachingacademy.isn.gov.my/programme/sports-science-course/1
Sila baca PROSEDUR permohonan kursus dengan teliti sebelum membuat permohonan.