22/08/2026
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helicopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya.
Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
– Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagal, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.
Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-Baru 3 minit berlepas, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba’kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
– Isyarat kawalan automatik juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya.
Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang.
Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah oleh 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
–Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
– Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya
– Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak
– Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
– Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ] seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya
(Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise)
– Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.
– Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan. Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
SILA BACA SAMBUNGAN DI KOMEN.