Serdang Corvus

Serdang Corvus Small² not Die, Old² Good

Tahniah Triple Wanita
13/08/2026

Tahniah Triple Wanita

13 OGOS 2026 | KHAMIS | KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KALI KE-46, 2026

SYABAS DAN TAHNIAH 🥉🥉🥉

Sekalung tahniah dan syabas buat Pasukan Petanque Wanita UPM telah menyumbang pingat gangsa buat kontinjen UPM melalui acara Triple Wanita, Petanque.

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




Tahniah Triple Lelaki
13/08/2026

Tahniah Triple Lelaki

13 OGOS 2026 | KHAMIS | KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KALI KE-46, 2026

SYABAS DAN TAHNIAH 🥉🥉🥉

Sekalung tahniah dan syabas buat Pasukan Petanque Lelaki UPM telah menyumbang pingat gangsa buat kontinjen UPM melalui acara Triple Lelaki, Petanque.

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




Pingat Gangsa Acara Triple
13/08/2026

Pingat Gangsa Acara Triple

09-13 OGOS 2026 SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) UNISZA 2026TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN!Syabas dan tahniah diuc...
13/08/2026

09-13 OGOS 2026 SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) UNISZA 2026

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Petanque UPM atas kejayaan meraih 5 Pingat (1🥇Emas 1 🥈Perak 3🥉Gangsa) dari 6 acara yang dipertandingkan;

Acara Single Lelaki - 🥈Perak
Acara Single Wanita -🥉 Gangsa
Acara Beregu Wanita -🥇 Emas
Acara Triple Lelaki - 🥉Gangsa
Acara Triple Wanita- 🥉Gangsa

Satu pencapaian yang membanggakan hasil semangat juang, kerjasama dan usaha yang tidak mengenal erti penat.

Terima kasih kepada coach atas tunjuk ajar, bimbingan dan kepercayaan; kepada rakan-rakan pasukan atas semangat setiakawan dan perjuangan bersama; kepada keluarga serta para penyokong atas doa dan dorongan; dan kepada sponsor atas segala sumbangan serta bantuan yang diberikan. Sesungguhnya sokongan anda semua menjadi kekuatan untuk kami terus berjuang dan memberikan yang terbaik.

Setiap pencapaian yang kami raih bukanlah hasil usaha seorang, tetapi hasil daripada kerjasama, sokongan dan pengorbanan ramai pihak di belakang kami.

Terima kasih atas segala sokongan. Tanpa anda semua, perjalanan ini pasti tidak sama. ❤️🤲

Teruskan menyokong, teruskan mendoakan. Kita bangkit dan melangkah lebih jauh bersama! 💪🏆. Teruskan berjuang dan terus cipta kejayaan!

Tahniah buat seluruh Pasukan Petanque UPM!




12/08/2026
12/08/2026
12/08/2026

Grouping UPM vs UiTM

KURSUS KEPENGADILAN KEBANGSAAN TAHAP 1 SUKAN PETANQUE 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan lulus Kursus K...
22/06/2026

KURSUS KEPENGADILAN KEBANGSAAN TAHAP 1 SUKAN PETANQUE 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan lulus Kursus Kepengadilan Kebangsaan Petanque Tahap 1.

1. Cik Nurashimah Binti Senin, Akademi Sukan
2. Encik Sallehuddin B. Zainal, Fakulti Kejuruteraan

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan dalam menimba ilmu, malah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memahami peraturan, etika serta tanggungjawab sebagai seorang pengadil dalam sukan petanque. Peranan pengadil amat penting dalam memastikan setiap perlawanan berjalan dengan adil, teratur dan penuh semangat kesukanan. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk terus menyumbang khidmat bakti, menegakkan integriti pengadilan dan memartabatkan sukan petanque ke tahap yang lebih cemerlang. Syabas dan tahniah! 🎯👏⚖️


KEJOHANAN PETANQUE UITM TERBUKA BERPASUKAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA EDISI KE-2 2026Tahniah diucapkan kepada Myzatul Aba...
22/06/2026

KEJOHANAN PETANQUE UITM TERBUKA BERPASUKAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA EDISI KE-2 2026

Tahniah diucapkan kepada Myzatul Abas MRohizan yang berjaya meraih tempat ketiga. Kejayaan ini adalah hasil semangat juang yang tinggi, kerjasama berpasukan yang mantap serta fokus di gelanggang sepanjang perlawanan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki permainan dan melakar banyak lagi kejayaan. Syabas dan tahniah 🥉

Tidak dilupa juga, Pasukan PV7 Boules Petanque Club atas jemputan dan kepercayaan untuk mewakili pasukan. Semoga hubungan baik ini terus berkekalan dan ada lagi peluang untuk bersama dalam kejohanan akan datang. Terima kasih PV7 Boules Petanque Club, memang terbaik!👏🎊

Setinggi-tinggi tahniah kepada wakil Petanque UPM yang terpilih menyertai MAKSAK Games 2026.Semoga terus bersemangat, fo...
05/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada wakil Petanque UPM yang terpilih menyertai MAKSAK Games 2026.

Semoga terus bersemangat, fokus dan berjaya mengharumkan nama pasukan serta negeri.
UPM boleh! 🔥🇲🇾

Cc 📸: Farris



Address

Https://goo. Gl/maps/8hgZhoeWrtWaXzu 59
Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Serdang Corvus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category