29/06/2026
▶️KEJUARAAN SILAT TANDING & SENI AGSP FIGHTER 3.0 TERBUKA LEBANGSAAN 2026
▶️KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN IPOH
▶️25-28 APRIL 2026
Assalamualaikum.. Tahniah buat semua pesilat Akademi Anak Naga atas pencapaian yang membanggakan di KEJUARAAN SILAT TANDING & SENI AGSP 3.0 TERBUKA KEBANGSAAN 2026.. 🥋
Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan kami di pentas kebangsaan pada edisi 2026.. Dengan izin-Nya, Akademi Anak Naga berjaya membawa pulang 1 pingat perak 🥈 dan 5 pingat gangsa 🥉.
🥈Nur awfiyah farihah binti dahalan (kategori pra-dini)
🥉muhammad adeeb rykal bin dahalan (kategori dini)
🥉Nur Qaisara binti mohd sulaiman (kategori Remaja)
🥉Mohd Aqiff Erham bin Nor iszuan (kategori Remaja)
🥉Nur Qaseh Zahraa bt mohd bakri (kategori Remaja)
🥉Nurul Aishah binti sohaimi (kategori Terbuka)
Sebagai pengurus pasukan dan jurulatih, saya amat berbangga dengan setiap seorang pesilat kami. Walaupun hampir kesemua daripada mereka baru pertama kali menyertai pertandingan silat olahraga di peringkat kebangsaan, namun mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan pesilat biasa. Dalam debaran dan cabaran yang besar, mereka mampu berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet dari seluruh negara dan mengukir kejayaan.
Buat pesilat yang berjaya meraih pingat, tahniah atas usaha dan pengorbanan kalian. Buat yang belum berjaya, jangan sesekali berasa kecewa. Keberanian untuk melangkah ke gelanggang kebangsaan itu sendiri sudah satu kemenangan. Kalian telah membuktikan bahawa kalian adalah anak-anak yang cekal, berani dan luar biasa.
Penghargaan khas saya tujukan buat barisan jurulatih dan guru-guru hebat kami – Cikgu Ridzuan, Cikgu Fazilah dan Cikgu Ayiesh dan saya sendiri – yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar, semangat dan bimbingan kepada para pesilat sepanjang kejohanan ini berlangsung serta disetiap latihan-latihan yang telah dijalankan. Sesungguhnya usaha cikgu-cikgu tidaklah ternilai malahan bersusah payah dalam memastikan anak-anak pesilat ini berjaya di pentas kejuaraan pada edisi kali ini..
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada Akademi Anak Naga bagi menjayakan penyertaan kami ke Kejohanan Silat ini. Sumbangan ini amat bermakna dan sedikit sebanyak telah membantu melancarkan urusan serta memberi semangat kepada para pesilat kami untuk berjuang di pentas kebangsaan. Semoga segala jasa dan kebaikan pihak Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan terus maju jaya dalam setiap urusan❤️
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang sentiasa berada di belakang kami sepanjang 4 hari 3 malam berkampung di sana. Terima kasih atas doa, sokongan, kepercayaan, sumbangan wang ringgit, makanan dan tenaga yang diberikan. Tanpa kalian, perjalanan ini pasti tidak semudah ini.
Ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. Kalah dan menang itu adat pertandingan, namun keberanian, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh anak-anak ini adalah kemenangan yang sebenar buat saya sebagai pengurus pasukan dan selalu jurulatih..
Walaupun mereka kecil pada usia, namun, besar pada semangat dan berani di gelanggang. 🐉🔥
SITI NOOR BAIZURA SHAHBUDIN
Pengurus/Jurulatih agsp 3.0
kejuaraan Silat tanding/seni
Terbuka kebangsaan AGSP 3.0 2026