28/06/2025
Piala Zakir 2025, Zon Seremban • Tarikh Baharu
Pihak Zakir Marketing Berhad dan Amateur Super League ingin memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi Kejohanan Piala Zakir 2025, Zon Seremban telah dijadualkan pada Sabtu dan Ahad, 19 & 20 Julai 2025.
Namun demikian, sekiranya keadaan cuaca mengizinkan serta tiada sebarang halangan teknikal, kejohanan ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu hari sahaja, iaitu pada Sabtu, 19 Julai 2025.
Bagi edisi kali ini, kejohanan akan berlangsung di dua lokasi utama berikut:
1. Padang IPG Kampus Raja Melewar, Sikamat
2. Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah (SMKTAD), Sikamat
Sekiranya terdapat pertambahan penyertaan pasukan, pihak penganjur akan mempertimbangkan penambahan satu lagi lokasi tambahan bagi memastikan kelancaran kejohanan serta keselesaan para pemain akar umbi dan jurulatih yang terlibat.
Pindaan tarikh ini dibuat atas saranan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi memastikan kejohanan dapat dianjurkan dengan lebih teratur dan efisien.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.