23/01/2020
Sebenarnya kalau Liverpool jadi champion EPL sekalipun, bukan sebab Liverpool power, jauh sekali taktikal Kloop sedap dan ampuh untuk liga sehebat EPL.
Mereka terpaksa menjadi juara sebab tiada saingan dari top 6 yang berlumba-lumba tunjuk siapa lebih bangang.
Tak macam sebelum ni, paling kurang 3 team akan memberi saingan sengit seperti Arsenal, Chelsea atau Man City.
Season lepas pun yang benar-benar memberi cabaran adalah Man City.
Kalau tengok balik susur galur manager yang manage kelab sedap dan memberi saingan ni contoh macam Arsene Wenger, Jose Mourinho, Guus Hiddink, Alex Ferguson, Avram Grant , Andre Villas Boas dan lain-lain.
Season ni, kelab besar lain semua tengah jadi tak betul. Ambil p**a manager mentah yang masih panjang perjalanan hidup mereka.
Kalau berjaya capai target kelab dan Board of Director, maka kekal lah musim depan. Kalau tak berjaya, kena sotong dan terpaksa lah manage kelab liga kampung semula demi mencari pengalaman balik.
Man City p**ak, terlalu bosan untuk bermain sedap lagi di sebabkan pasukan lain seolah-olah tak beria nak bersaing dan lebih kepada merombak struktur kelab yang tidak stabil dan overpay pemain tak semenggah.
Nampak macam mana Liverpool jadi juara UCL tanpa ada saingan kelab besar, bertemu p**ak Spurs yang di urus manager yang tidak berpengalaman di pentas UCL, jauh sekali diberi harapan untuk menjulang UCL untuk kelab?
Nampak macam mana mereka menggondol kejuaraan kelab-kelab dunia walaupun terkapai-kapai menewaskan kelab sedap Brazil?
Rumusan yang dapat kita rumuskan adalah, menjulang kejuaraan tatkala musuh lain sedang lemah bukanlah perkara gentleman dan boleh dibangga, jauh sekali untuk dibuat modal bersembang dengan anak cucu kelak.
Sekadar pelengkap kejuaraan EPL pertama selepas dijenamakan semula atau kejuaraan liga kali ke-19 setelah berpuluh tahun tandus.
Itu sahaja.