Coach Faiz

Coach Faiz Kepakaran saya ialah bantu mereka yang serius nak kurus secara sihat & kekalkan berat badan.

Kepakaran saya ialah memberikan bimbingan dan panduan pemakanan serta senaman bagi mereka yang serius ingin mendapatkan berat badan ideal dan bentuk badan idaman.

26/09/2025

Salam jumaat. Done delivery awal pagi, juga exercise briskwalk 10k steps. Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah 🀲

Kerana ini kami berlayar. Dan kerana ini kalian tak akan berhenti berkongsi. Pesanan dari  gais πŸ“ saya sampaikan untuk a...
09/09/2025

Kerana ini kami berlayar. Dan kerana ini kalian tak akan berhenti berkongsi. Pesanan dari gais πŸ“ saya sampaikan untuk anda semua ❀️

A man holds the blood-soaked camera of Mariam Dagga, a Palestinian photojournalist who was among 5 journalists killed in...
27/08/2025

A man holds the blood-soaked camera of Mariam Dagga, a Palestinian photojournalist who was among 5 journalists killed in an Israeli air strike on Gaza’s Nasser Hospital on Monday.

Dagga worked as a freelance reporter for several media outlets including the Associated Press. She was killed alongside MEE journalists Mohamed Salama and Ahmed Abu Aziz; Hussam al-Masri, a photojournalist with the Reuters news agency; and freelance reporter Moaz Abu Taha.

Kredit MiddleEastEye

MANA BETTER KALAU NAK KURUS SECARA SIHAT? BRISK WALK OR RUNNING?Kalau tujuan utama nak kurus secara sihat, kedua-dua bri...
25/08/2025

MANA BETTER KALAU NAK KURUS SECARA SIHAT? BRISK WALK OR RUNNING?

Kalau tujuan utama nak kurus secara sihat, kedua-dua brisk walk (jalan laju) dan running (lari) ada kelebihan masing-masing, tapi kesannya bergantung pada tahap badan dan konsistensi.

πŸ”₯ Perbandingan Brisk Walk vs Running:

1. Kalori terbakar

Running: Bakar lebih banyak kalori dalam masa yang singkat (contoh: 30 minit larian lebih tinggi kalori terbakar daripada 30 minit brisk walk).

Brisk walk: Kalori terbakar lebih rendah, tapi masih efektif jika dilakukan lama (40–60 minit).

2. Risiko kecederaan

Running: Lebih tinggi risiko sakit lutut, shin splints, atau kecederaan otot kalau tak biasa atau teknik salah.

Brisk walk: Rendah risiko kecederaan, lebih mesra sendi, sesuai untuk semua peringkat umur & berat badan.

3. Kesan pada metabolisma

Running: Tingkatkan kadar metabolisma dengan lebih cepat, badan terus β€œafterburn” beberapa jam selepas bersenam.

Brisk walk: Menaikkan metabolisma juga, cuma lebih sederhana.

4. Konsistensi

Running: Ramai cepat give up sebab penat, susah konsisten.

Brisk walk: Lebih mudah nak jadikan rutin harian (boleh buat sambil dengar muzik, telefon, jalan di taman)

SARANAN SAYA πŸ“

➑ Kalau beginner / ada masalah sendi / nak mula perlahan: Brisk walk lebih baik – mudah konsisten, risiko rendah, tetap bantu kurus.

➑ Kalau badan dah biasa, fit, nak bakar kalori lebih cepat: Running lebih efisien.

➑ Kombinasi: Ramai pakar cadang buat brisk walk + selitkan jog atau larian pendek (interval) β†’ lebih efektif bakar lemak & jaga kesihatan jantung.

Apa pun, untuk kurus secara sihat = konsisten + kawalan makan + senaman.
πŸ‘‰ Brisk walk lebih sustainable untuk kebanyakan orang. Running bagus, tapi kalau tak jaga teknik dan pemakanan, hasilnya sama je dengan brisk walk.

Follow IG untuk lebih perkongsian tentang pemakanan sihat dan seimbang serta senaman πŸ˜‰

FAMILY GATHERING HJ MD JANI BERSAMA KELUARGA MAK TA, NORATA BAHARI DAN COUSIN, KAK MELATI DARI USA SERTA ZIARAH SEMPENA ...
27/07/2025

FAMILY GATHERING HJ MD JANI BERSAMA KELUARGA MAK TA, NORATA BAHARI DAN COUSIN, KAK MELATI DARI USA SERTA ZIARAH SEMPENA BALIK HAJI OUR POKSU, HJ FAUZI BAHARI

"Barangsiapa yang senang agar dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahmi." (HR Bukhari)

Alhamdulillah seronok dapat berkumpul, bergurau senda dan bertukar pandangan sesekali bersama keluarga. Lokasi di Kelab Tasik Putrajaya. Cuaca pun elok sangat syukur.

1st time actually faiz & myra sampai sini. So jakun la sket. Cume tak sempat ambil gambar berdua berlatar belakang masjid putrajaya πŸ₯² alhamdulillah gambar family semua skali sempat ambil 😍

Next destination adalah rumah poksu kami di Kota Seriemas. Banyak cerita dan ilmu serta pengajaran dapat saya ambil di sini. Moga Allah berkati.

InsyaAllah next family gathering di walimatulurus cousin kami Hj Nazmi Syafiq πŸ˜‰ insyaAllah pada 30 ogos 2025 ya our beloved family ❀️

FAIZ & MYRA
26 JULAI 2025

PERBEZAAN MINYAK ZAITUN YANG KORANG WAJIB TAHU!IJANGAN SILAP TAURamai yang masih buat kesilapan dalam penggunaar minyak ...
15/07/2025

PERBEZAAN MINYAK ZAITUN YANG KORANG WAJIB TAHU!IJANGAN SILAP TAU

Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaar minyak zaitun /olive oil.

Dibawah saya share sedikit berkenaan jenis2 minyak olive oil:

1) EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yg lain. 0live oil jenis nie tak sesuai utk memasak kerana mudah teroksida Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.

2) ORIGINAL VIRGIN OLIVE OIL.
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, sbb tu lg murah dari extra virgin. Jenis ini digunakan utk menumis.

3) LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL.
Jenis ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dr sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa.

TAG KAWAN YANG TENGAH DIET TU πŸ€—

Tips makan durian supaya boleh nikmati sedapnya raja buah ni tanpa mudarat kesihatan atau ketidakselesaan:βœ… 1. Makan Sec...
13/07/2025

Tips makan durian supaya boleh nikmati sedapnya raja buah ni tanpa mudarat kesihatan atau ketidakselesaan:

βœ… 1. Makan Secukupnya

Hadkan pengambilan kepada 1–2 ulas sahaja, terutama jika anda ada masalah gula darah, kolesterol atau berat badan.

Durian tinggi kalori dan gula semula jadi.

βœ… 2. Elak Makan Bersama Makanan "Panas"

Jangan makan durian bersama makanan pedas, makanan laut, atau alkohol – boleh sebabkan badan rasa panas, perut tak selesa atau pening.

βœ… 3. Minum Air dari Kulit Durian

Selepas makan, boleh tuang air ke dalam bahagian dalam kulit durian (yang putih) dan minum – petua orang lama untuk kurangkan panas badan dan elakkan bau mulut.

βœ… 4. Minum Air Kosong Banyak

Minum air kosong secukupnya lepas makan untuk bantu pencernaan dan elak dehidrasi.

βœ… 5. Jangan Campur dengan Minuman Berkafein atau Berkarbonat

Elak minum kopi, teh, soda atau minuman tenaga bersama durian – boleh bagi kesan berdebar, tekanan darah naik, atau gastrik.

βœ… 6. Orang Ada Masalah Kesihatan Perlu Hati-Hati

Pesakit diabetes, darah tinggi, jantung dan buah pinggang perlu elak atau sangat kawal makan durian.

βœ… 7. Simpan Elok Kalau Tak Habis

Simpan isi durian dalam bekas kedap udara, letak di peti sejuk bahagian beku kalau nak simpan lama.

Daripada 7 tips ni, yang mana satu korang patuh? Jujur tau πŸ˜‰

⚠️ 9 Makanan Paling Bahaya untuk Anak Anda:Potato ChipsMengandungi: Acrylamide, TBHQ (pengawet berisiko)Minuman Bergula ...
03/07/2025

⚠️ 9 Makanan Paling Bahaya untuk Anak Anda:

Potato Chips

Mengandungi: Acrylamide, TBHQ (pengawet berisiko)

Minuman Bergula (Coke, Pepsi)

Mengandungi: 4-MEI & Benzene (risiko kanser)

Aiskrim & Pencuci Mulut

Mengandungi: Sirap jagung fruktosa tinggi, TBHQ

Biskut & Snek Pek

Mengandungi: Sirap jagung fruktosa tinggi, TBHQ

Nugget Makanan Segera

Mengandungi: TBHQ, Dimethylpolysiloxane (bahan anti-buih)

Makanan Berlemak Trans

Mengandungi: Minyak terhidrogen (risiko sakit jantung)

Roti Putih

Mengandungi: TBHQ, Dimethylpolysiloxane

Bijirin & Pastri Manis

Mengandungi: BHT/BHA (ganggu otak), pewarna tiruan

πŸ›‘ Makanan ini mungkin nampak biasa, tapi mengandungi bahan kimia dan pengawet yang boleh bahayakan kesihatan anak, termasuk risiko kanser, gangguan otak, dan penyakit jantung.


KENAPA MAKAN SAYUR DULU MASA LUNCH BOLEH STABILKAN GULA DARAH? Makan sayur dahulu sebelum makan nasi atau makanan berkar...
01/07/2025

KENAPA MAKAN SAYUR DULU MASA LUNCH BOLEH STABILKAN GULA DARAH?

Makan sayur dahulu sebelum makan nasi atau makanan berkarbohidrat semasa waktu makan seperti lunch boleh membantu stabilkan gula darah kerana beberapa sebab saintifik dan fisiologi:

πŸ₯¦ 1. Sayur tinggi serat β†’ perlahankan penyerapan gula

Sayur (terutamanya yang berserat tinggi seperti sawi, bayam, brokoli, kobis) mengandungi serat larut dan tidak larut yang boleh:

Melambatkan pengosongan perut

Perlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah

Kurangkan lonjakan gula darah selepas makan

β›” 2. Elakkan 'sugar spike' dari karbohidrat

Kalau terus makan nasi atau roti dulu:

Karbohidrat akan cepat dipecahkan jadi glukosa

Gula darah boleh melonjak tiba-tiba (glucose spike)

Ini boleh sebabkan rasa letih, lapar semula cepat, atau risiko diabetes jangka panjang

⏱️ 3. Urutan makan yang betul bantu kawalan insulin

Kajian menunjukkan:

Makan sayur dahulu, kemudian protein, dan akhir sekali karbohidrat bantu:

Kurangkan keperluan badan untuk keluarkan insulin secara mendadak

Stabilkan hormon kenyang (leptin) dan hormon lapar (ghrelin)

πŸ’‘ Ringkasan Cara Makan Yang Disarankan:

Mula dengan sayur – contohnya ulam, salad, atau sayur masak

Kemudian ambil protein – ikan, ayam, telur

Akhir sekali baru makan karbohidrat – nasi, mee, roti

Kalau nak stabilkan gula darah, ini amalan yang sangat disarankan bukan hanya untuk pesakit diabetes tapi juga untuk:
βœ… Orang yang nak turunkan berat
βœ… Orang yang cepat penat lepas makan
βœ… Orang yang nak elak craving gula/minum manis

Kalau nak saya bantu anda untuk turunkan berat badan secara sihat 3-7kg dalam 21 hari, tanya saya bagaimana 😊
KLIK LINK DI BIO FOR DETAILS PROGRAM πŸ“


Address

Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coach Faiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Coach Faiz:

Shortcuts

Share

Category