Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan - PBNS

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan - PBNS Negeri Sembilan FA’s Official page.

JADUAL PERLAWANAN LRNS B-15 | LR1 Liga Remaja Negeri Sembilan B-15 bakal bermula esok. Enam perlawanan akan berlangsung ...
04/09/2026

JADUAL PERLAWANAN LRNS B-15 | LR1

Liga Remaja Negeri Sembilan B-15 bakal bermula esok. Enam perlawanan akan berlangsung minggu ini.

Ia bukan sekadar perlawanan. Ia medan untuk bakar muda dalam Negeri Sembilan untuk membuktikan keupayaan diri.

Semua perlawanan akan berlangsung di PBNS BUBBLESO2 Arena, Seremban. Pasukan manakah yang bakal mengutip tiga mata pertama?

⚽ JANG JUNIOR CHALLENGE 2026 KEMBALI! Peluang untuk anak-anak berusia bawah 11 tahun untuk menguji kemampuan dan beraksi...
03/09/2026

⚽ JANG JUNIOR CHALLENGE 2026 KEMBALI!

Peluang untuk anak-anak berusia bawah 11 tahun untuk menguji kemampuan dan beraksi dalam saingan bola sepak yang penuh kompetitif! 💪⚽

Siri 1: Oktober 2026
Siri 2: November 2026
Pusingan Akhir: Disember 2026

Pendaftaran masih dibuka. Sertai Jang Junior Challenge 2026 sekarang! 🟡⚫🔴

Imbas QR pada info grafik untuk pendaftaran Siri 1 atau hubungi 011-2325 4845 untuk pertanyaan lanjut.




Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69.Merdeka bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi nikmat untuk dihargai dan A...
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69.

Merdeka bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi nikmat untuk dihargai dan Amanah untuk dipertahankan.

Semoga semangat merdeka terus mekar dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. 🇲🇾

KEDUDUKAN TERAKHIR LRNS B-17Saingan Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 kini melabuhkan tirai dengan SDASA X MPPD FC muncul...
30/08/2026

KEDUDUKAN TERAKHIR LRNS B-17

Saingan Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 kini melabuhkan tirai dengan SDASA X MPPD FC muncul sebagai juara selepas menamatkan kempen di kedudukan teratas.

Tahniah buat semua pasukan yang telah memberikan saingan sengit dan mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan.

Kita jumpa lagi musim hadapan.

Aksi perlawanan akhir Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 yang berlangsung petang semalam.SDASA X MPPD FC muncul juara sele...
30/08/2026

Aksi perlawanan akhir Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 yang berlangsung petang semalam.

SDASA X MPPD FC muncul juara selepas menewaskan SSN ZA'BA B-16 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang masa penuh permainan.

Juara Liga Remaja Negeri Sembilan B-17, SDASA X MPPD FC.SDASA X MPPD FC muncul juara edisi pertama selepas menewaskan SS...
29/08/2026

Juara Liga Remaja Negeri Sembilan B-17, SDASA X MPPD FC.

SDASA X MPPD FC muncul juara edisi pertama selepas menewaskan SSN ZA'BA menerusi sepakan penalti 4-2.

Tahniah!

Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 Hari terakhir saingan menyaksikan aksi penuh debar apabila pasukan-pasukan bertarung hi...
29/08/2026

Liga Remaja Negeri Sembilan B-17

Hari terakhir saingan menyaksikan aksi penuh debar apabila pasukan-pasukan bertarung hingga ke penghujung untuk menentukan kedudukan masing-masing.

Ada yang meraih kemenangan, ada yang terpaksa menerima kekalahan, namun semuanya meninggalkan cerita tersendiri sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tahniah kepada pasukan SDASA X MPPD FC yang berjaya muncul sebagai juara sulung kejohanan ini. Tahniah juga kepada pasukan SSN ZA'BA B-16 yang muncul sebagai naib juara dan KR FC yang menduduki tempat ketiga.

Tahniah buat semua pasukan, pemain, jurulatih dan pegawai yang telah memberikan komitmen serta saingan terbaik dari awal hingga ke hari terakhir.

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan Liga Remaja Negeri Sembilan B-17.

Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 tiba ke penghujungnya esok. Selain perlawanan akhir yang dijadualkan esok, perlawanan p...
28/08/2026

Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 tiba ke penghujungnya esok. Selain perlawanan akhir yang dijadualkan esok, perlawanan penentuan tempat ke-3 & ke-4 juga turut berlangsung petang esok.

KR FC 🆚 PBD Jempol
29 Ogos 2026 | Sabtu
🕥 3.00 petang
📍 PBNS BubblesO₂ Arena, Seremban
⚔️ Tempat ke-3 & ke-4

Sementara itu, empat lagi pasukan bakal berentap dalam aksi Perlawanan Klasifikasi Liga Remaja Negeri Sembilan B-17 bagi menentukan kedudukan terbaik.

IRC Sendayan City SA 🆚 BOSS FC
29 Ogos 2026 | Sabtu
🕥 10.30 pagi
📍 PBNS BubblesO₂ Arena, Seremban
⚔️ Klasifikasi 5–6

MAFC Moncheh 🆚 Chembong FC
📅 29 Ogos 2026 | Sabtu
🕘 9.00 pagi
📍 PBNS BubblesO₂ Arena, Seremban
⚔️ Klasifikasi 7–8

SSN Zaba B-16 dan SDASA X MPPD bakal bertemu di pentas akhir Liga Remaja Negeri Sembilan B-17.Mereka telah berjuang untu...
28/08/2026

SSN Zaba B-16 dan SDASA X MPPD bakal bertemu di pentas akhir Liga Remaja Negeri Sembilan B-17.

Mereka telah berjuang untuk sampai ke sini. Kini, tinggal satu lagi cabaran untuk melengkapkan perjalanan.

Antara pemain yang pastinya menjadi tumpuan ialah penyerang SSN ZA'BA B-16, Muhammad Haziq Nasuha, yang telah mengumpul 7 gol sepanjang saingan setakat ini.

Sementara itu, pemain tengah SDASA X MPPD FC, Adib Fahri, tampil lebih menyerlah dengan koleksi 11 gol, manakala rakan sepasukannya, Mohd Raif Rusyaidi, turut mencatatkan 8 gol.

Ketiga-tiga pemain ini pastinya menjadi antara watak yang bakal mencuri perhatian di pentas akhir.

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 5.00 petang
📍 PBNS BubblesO2 Arena, Seremban

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Mohd As’ad bin Isderas, bekas pemain Negeri Sembilan,...
26/08/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Mohd As’ad bin Isderas, bekas pemain Negeri Sembilan, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta diampunkan segala dosa dan kesilapannya.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Address

Jalan Hutton
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan - PBNS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan - PBNS:

Shortcuts

Share