Kelab Paroi Jaya Waghih

Kelab Paroi Jaya Waghih Ukhwah.Jiwa.Bangsa

21/03/2026

Suara takbir sayu mendayu,
Hati terasa rindu bertamu,
Di pagi raya ku mohon restu,
Ampunkan salah silap dahulu.

Mentari pagi menyinar ceria,
Takbir bergema di pagi raya,
Syawal tiba membawa bahagia,
Maaf zahir dan batin dipinta.

Syukur Alhamdulillah. Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada semua.

Dalam saat kita bersama, jika ada tersilap kata atau pun terkasar bahasa, harap dimaafkan segala kekurangan dari pihak kami. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna, penuh keberkatan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

Terima Kasih kepada semua & Selamat Hari Raya !!!






UKHWAH JIWA BANGSA

31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ingatan tulus Ikhlas daripada Kelab Paroi Jaya Waghih.

PJW
Ukhwah.Jiwa.Bangsa

Salam dihulur tanda ingatan,Moga ukhwah sentiasa berkekalan,Selamat Hari Raya kami ucapkan,Buat keluarga dan juga kenala...
30/03/2025

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Daripada Kelab Paroi Jaya Waghih.

PJW
Ukhwah.Jiwa.Bangsa

Haritu. kelmarin & semalam. Ramadan Al Mubarak ini menyaksikan pelbagai ragam cerita Pahit, Manis, S**a & Duka. Moga ia ...
29/03/2025

Haritu. kelmarin & semalam. Ramadan Al Mubarak ini menyaksikan pelbagai ragam cerita Pahit, Manis, S**a & Duka. Moga ia terpahat di dlm memori diri menjadi satu tatapan indah. Satu kenangan abadi.
Terimakasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telahpun hadir.

Moh layan rangkuman throwback PJW Bazaar Ramadan Stadium Paroi.

UKHWAH. JIWA. BANGSA.
PJW

Sedang berlangsung Jualan Rahmah diperkarangan Stadium Paroi (Tapak Pasar Tani) dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang....
27/03/2025

Sedang berlangsung Jualan Rahmah diperkarangan Stadium Paroi (Tapak Pasar Tani) dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang. Moh doreh!!

Anjuran Parlimen Seremban @ Dun Sikamat.

Ukhwah.Jiwa.Bangsa
PJW

Assalamualaikum semua...Perhatian...!!!Esok 27/3/2025 akan di adakan Jualan Rahmah diperkarangan Stadium Paroi (Tapak Pa...
26/03/2025

Assalamualaikum semua...
Perhatian...!!!

Esok 27/3/2025 akan di adakan Jualan Rahmah diperkarangan Stadium Paroi (Tapak Pasar Tani) dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Mari penduduk sekitar membeli untuk persedian Mantai dan Hari Raya.

Siapa cepat dia dapat...!!!✅✅

Anjuran Parlimen Seremban @ Dun Sikamat.

Ukhwah.Jiwa.Bangsa
PJW

Walaupun dengan cuaca yang tidak menentu, ia tidak menghalang penduduk sekitar berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Paroi...
25/03/2025

Walaupun dengan cuaca yang tidak menentu, ia tidak menghalang penduduk sekitar berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Paroi petang tadi bagi mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa yang tersedia. Alhamdulillah bazar stadium kito meriah dengan kehadiran pengunjung.

Waghih Paroi Jaya yang berada di perantauan sudah pastinya rindu dengan suasana di Paroi Jaya. Kito layan throwback rangkuman suasana 24 & 25 Ramadan Di Bazar Ramadan Stadium Paroi.

UKHWAH. JIWA. BANGSA.
PJW

Melihat awan di langit tinggi,Hati terasa tenang dan damai,Sambut Ramadan dengan hati gembira,Bulan penuh dengan keampun...
23/03/2025

Melihat awan di langit tinggi,
Hati terasa tenang dan damai,
Sambut Ramadan dengan hati gembira,
Bulan penuh dengan keampunan & doa.

Bulan Ramadan Bulan yang mulia, namun ia juga Bulan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Dengan cuaca yang tidak menentu, diharap para peniaga cekal dalam menghadapi ujian.

Pada Hari Jumaat & Sabtu Bazar Stadium juga
menerima kunjungan dari pihak JAKIM & petugas MAINS. Sementara menunggu waktu berbuka, Moh throwback suasana Bazaar Ramadan Stadium kito!

UKHWAH. JIWA. BANGSA.
PJW

Address

Taman Paroi Jaya
Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Paroi Jaya Waghih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share