Negeri Sembilan Frontliner Archery Club - NSFAC

Negeri Sembilan Frontliner Archery Club - NSFAC Merupakan Kelab Memanah Barisan Hadapan Negeri Sembilan (PPM-004-05-05042021) yang khusus untuk pekerja barisan hadapan (frontliner) dan awam.

Selamat Ulang Tahun ke-5 buat persatuan yang dicintai, di mana tempat ia bermula sebagai pengisian masa tatkala bertugas...
05/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-5 buat persatuan yang dicintai, di mana tempat ia bermula sebagai pengisian masa tatkala bertugas sebagai petugas barisan hadapan.

Moga-moga persatuan ini akan tetap utuh dan terus berdiri sebagai tempat para pencinta sukan memanah, mahupun tempat pertama dalam mempelajari sukan ini,

Dan sudah tentu sebagai medium silaturahim sesama ahli yang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan orang awam.

Jomlah kita memanah, lama sangat kita tidak memanah bersama ini?

23/06/2025
Pada hari ini, NSFAC telah dijemput pihak ROS Negeri Sembilan untuk menyertai Kursus Asas (ROS_CARE) bersesuaian dengan ...
29/05/2025

Pada hari ini, NSFAC telah dijemput pihak ROS Negeri Sembilan untuk menyertai Kursus Asas (ROS_CARE) bersesuaian dengan kelab ini yang berdaftar di bawahnya.

NSFAC telah pun diwakili oleh En Basir, Pengerusi NSFAC dan En Rajkumar, Bendahari NSFAC bagi menyertai program ini yang bertempat di Bilik Seminar Yayasan Negeri Sembilan.

Selama hampir 4 jam, NSFAC telah pun didedahkan ROS Negeri Sembilan mengenai cara-cara berpersatuan dengan betul. Segala input ini pastinya akan digunakan dalam memastikan NSFAC menjadi sebuah persatuan yang baik.

NSFAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada ROS Negeri Sembilan atas jemputan ini. Moga-moga dengan perkongsian ilmu ini, NSFAC berjaya menjadi sebuah persatuan yang bermanfaat dan berjaya mencapai objektifnya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya ahli-ahli NSFAC dapat jua menyertai aktiviti bermanah bersama-sama pada hari...
10/05/2025

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya ahli-ahli NSFAC dapat jua menyertai aktiviti bermanah bersama-sama pada hari ini di bangunan APM Seremban.

Mereka kemudiannya menyertai pertandingan sesama sendiri dengan format 3 Arrows 5 Ends di mana ia disertai seramai sepuluh orang, termasuklah dua orang kanak-kanak.

Pertandingan secara santai ini berakhir pada pukul 12 tengah hari, dengan dijuarai oleh Sdr. Afiq (APM).

Semoga semua ahli dapat beristiqomah dalam sukan ini, sentiasa berlatih, dan paling penting meneruskan ukhuwah sesama ahli. Jumpa di latihan dan pertandingan seterusnya!

Alhamdulillah syukur akhirnya pada hari ini dapat diadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi memilih sesi pimpinan baharu ...
03/05/2025

Alhamdulillah syukur akhirnya pada hari ini dapat diadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi memilih sesi pimpinan baharu AJK 2025/2027. Uniknya mesyuarat kali ini kerana diadakan secara bersemuka bagi mereka yang dapat hadir ke APM Seremban, dan secara google meet bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir.

Terima kasih kepada AJK 2023/2025 atas khidmat selama dua tahun yang lalu. Ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah bagi AJK baharu 2025/2027 yang masih dipimpin oleh En. Basir Amat (JKM).

Moga-moga pada dua tahun baharu ini NSFAC dapat bergerak dengan lebih baik, lebih banyak program sesama ahli dan dapat menarik lagi ahli, khususnya mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

Mesyuarat bersurai pada pukul 12.15 tengahari, dan mereka yang datang di APM Seremban berkesempatan memanah bersama-sama.

24 September 2023 (Ahad) | Pada hari ini beberapa orang ahli kelab NSFAC telah menyertai jemputan memanah anjuran AJK Su...
24/09/2023

24 September 2023 (Ahad) | Pada hari ini beberapa orang ahli kelab NSFAC telah menyertai jemputan memanah anjuran AJK Surau Al Muqarrobin Kg Mambau Seremban Negeri Sembilan. Penyertaan sangat menggalakan yg terdiri daripada penduduk kampung. Seramai 16 orang penyertaan yg dibahagi kpd 8 kumpulan @ 2 orang satu kumpulan. Memanah tradisional menggunakan Format 6 Arrow x 3 End x 18M. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

8 April 2023 (Sabtu) | Alhamdulillah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Memanah Barisan Hadapan Negeri Sembilan (NSFAC) k...
08/04/2023

8 April 2023 (Sabtu) | Alhamdulillah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Memanah Barisan Hadapan Negeri Sembilan (NSFAC) kali Pertama telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat APM Negeri Sembilan. Ahli Jawatan Kuasa 2021/2023 telah dibubarkan serta diganti dengan Ahli Jawatan Kuasa 2023/2025 yang baharu. Kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Lama di atas jasa dan sumbangan tenaga. Selamat datang kepada AJK Baharu, semoga kelab (NSFAC) akan lebih maju jaya dan cemerlang dalam membudayakan sukan memanah ini.

Surat Jemputan Menghadiri ke Mesyuarat Agung Kali Pertama Kelab Memanah Barisan Hadapan Negeri Sembilan (NSFAC). Tarikh ...
06/04/2023

Surat Jemputan Menghadiri ke Mesyuarat Agung Kali Pertama Kelab Memanah Barisan Hadapan Negeri Sembilan (NSFAC).
Tarikh : 08 APRIL 2023 (SABTU)
Masa : 09.00 PAGI
Lokasi : DEWAN APM JLN LABU SEREMBAN
Ahli-ahli yang mempunyai T-Shirt Kelab digalakkan memakai ketika hadir mesyuarat.

"JOM MEMBUDAYAKAN SUKAN MEMANAH, SUKAN SUNNAH"

4 Mac 2023 (Sabtu) | Alhamdulillah NSFAC dengan kerjasama APM Negeri Sembilan telah bergerak aktiv semula menjalankan ak...
04/03/2023

4 Mac 2023 (Sabtu) | Alhamdulillah NSFAC dengan kerjasama APM Negeri Sembilan telah bergerak aktiv semula menjalankan aktiviti memanah mingguan di Lapang Sasar APM. Format latihan hari ini 5 Arrow X 10 End X 15 M. Terima kasih kepada Tuan Rahim dan ahli2 Kelab yang terlibat. Jumpa lagi minggu hadapan.

23/09/2021

Sedikit perkongsian sekiranya bulu anak panah anda dah kemucup. Antara kaedah Yang boleh anda lakukan untuk kembangkan semula bulu anak panah anda.

10/09/2021

Address

C-14, Jalan BAHAGIA, PERINGKAT 1, KAMPONG LBJ
Seremban
71760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Negeri Sembilan Frontliner Archery Club - NSFAC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Negeri Sembilan Frontliner Archery Club - NSFAC:

Share

Category