18/11/2021
INI STATEMENT BODOH.
Maaf saya memang tak setuju dengan statement “boros punca pendapatan RM1,200 tak cukup”. Pendapatan RM1,200 memang tak cukup, kalau tinggal di kota. Tiada kaitan dengan sikap boros.
Nak boros pun susah kalau gaji RM1,200 kan? 😳
Dan pergilah ke negeri mana pun, RM1,200 adalah kategori B40 atau golongan berpendapatan rendah. Lihat sahaja data yang ada, kita tak perlu jadi pakar kewangan untuk faham benda ni.
Iya memang ilmu kewangan penting utk pengurusan wang. Betul wujud orang yang gaji besar tapi duit tak cukup kerana boros. Tapi kalau pendapatan kita RM1,200, memang tak cukup hari ni. Tak perlu tambah minyak kepada api dan salahkan mereka yang berpendapatan rendah ni tak cukup duit kerana mereka boros.
Bagi solusi, ajar mereka ilmu untuk tambah pendapatan, bukan keluar statement bodoh begini.