UPPA KLIA

UPPA KLIA Sukan dan Rekreasi UPPA KLIA ditubuhkan pada tahun 2023.

UPPA Cup 3.0: JIM Selangor Pertahan Kejuaraan, Cipta Hatrik GelaranUPPA Cup 3.0 berjaya dianjurkan dengan penuh meriah p...
26/07/2026

UPPA Cup 3.0: JIM Selangor Pertahan Kejuaraan, Cipta Hatrik Gelaran

UPPA Cup 3.0 berjaya dianjurkan dengan penuh meriah pada 24 Julai 2026 di Sportflex, Kota Seriemas, Nilai, menghimpunkan empat pasukan iaitu JIM Selangor, JIM Negeri Sembilan, JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta UPPA KLIA selaku tuan rumah.

Kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan setiap pasukan memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan, sekali gus memeriahkan edisi ketiga penganjuran UPPA Cup.

Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada JIM Selangor, yang sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus mencipta hatrik kejuaraan dalam sejarah UPPA Cup.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Komandan Depot Imigresen KLIA, Tuan Noorazmi, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan penerima anugerah individu.

Keputusan Rasmi UPPA Cup 3.0
๐Ÿ† Juara: JIM Selangor
๐Ÿฅˆ Naib Juara: JIM Negeri Sembilan
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: UPPA KLIA
๐Ÿ… Tempat Keempat: JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Turut diberikan pengiktirafan kepada pemain-pemain yang menyerlah sepanjang kejohanan menerusi anugerah Best Goalkeeper dan Top Scorer.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, barisan urus setia, pengadil, penyokong serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kelancaran penganjuran UPPA Cup 3.0. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga Jabatan Imigresen Malaysia.

05/02/2025

๐Ÿ’™๐Ÿ’›

De uppa akan bangkit untuk perlawanan seterusnya ๐Ÿ’›๐Ÿ’™
05/02/2025

De uppa akan bangkit untuk perlawanan seterusnya ๐Ÿ’›๐Ÿ’™

Deโ€™uppa untuk tiga mata ๐Ÿ’™๐Ÿ’›Ayuh hadir beramai-ramai ke Rafa Turf Serenia sokong Deโ€™uppa
04/02/2025

Deโ€™uppa untuk tiga mata ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ayuh hadir beramai-ramai ke Rafa Turf Serenia sokong Deโ€™uppa

UPPA CUP 2.0 Tahun 2024 โœ…UPPA KLIA sekali lagi menganjurkan pertandingan bola sepak 3 penjuru bertempat di padang sporfl...
07/12/2024

UPPA CUP 2.0 Tahun 2024 โœ…

UPPA KLIA sekali lagi menganjurkan pertandingan bola sepak 3 penjuru bertempat di padang sporflex Kota Seriemas, Nilai.

Pada edisi kali ini, JIM Selangor berjaya mempertahankan kejuaran yang dimenangi mereka pada edisi yang lalu. Tempat kedua dimenangi GOAT FC ( HQ- Putrajaya ) dan ketiga UPPA KLIA FC.

Piala Kejohanan dan hamper telah disampaikan oleh Komandan Depot KLIA , PPI Muhammad Nizam Bin Abu Jaapar.

Tujuan utama dianjurkan kejohanan UPPA CUP ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan ukhuwah diantara pemain.

Terima kasih Pedot kerana telah  memberikan  200% komitmen kepada pasukan selama ini. Selamat maju jaya ditempat baharu....
04/11/2024

Terima kasih Pedot kerana telah memberikan 200% komitmen kepada pasukan selama ini.

Selamat maju jaya ditempat baharu.

Address

Airport Management Center ( Pejabat Imigresen KLIA )
Sepang
64000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPA KLIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UPPA KLIA:

Shortcuts

Share

Category