26/02/2023
Beliau yang kacak ini adalah Aus. Pengurus ketiga Volts dan yang berperanan besar dalam penjenamaan semula Volts.
Bertanggungjawab dalam mereka logo, jersi, banner, poster dan segala macam design. Lincah di padang, kreatif di luar padang.
Terbaru, Aud telah mengilhamkan design jersi terbaru Volts yang berkonsepkan “black out”. Bukan sahaja jersi itu cukup menawan, malah didatangkan dalam kotak eksklusif beserta sejarah ringkas perjalanan pasukan sejak dari 2013 hingga kini.
Jersi tersebut telah menerima feedback yang luar biasa dari pemain dan peminat bola sepak tempatan sehingga menerima banyak permintaan untuk dikeluarkan “fans issue”.
Tidak mudah membawa pasukan amatur walau pun hanya bermain friendly dihujung minggu. Ia bukan sahaja memerlukan minat tapi komitmen yang tinggi disaat berjuang memperuntukkan masa untuk kerjaya dan keluarga dan Aus telah berjaya menyumbang kepada perjalanan Volts selama 10 tahun ini.
Terima kasih Aus! Terima kasih!