Persatuan Memanah Daerah Sepang

Persatuan Memanah Daerah Sepang PMDS adalah persatuan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan

Inspirasi Bersama Juara ๐Ÿฅ‰Sesi bersama Sahil Fahmi, pemenang pingat gangsa SUKMA, bersama adik-adik Persatuan Memanah Dae...
24/08/2026

Inspirasi Bersama Juara ๐Ÿฅ‰

Sesi bersama Sahil Fahmi, pemenang pingat gangsa SUKMA, bersama adik-adik Persatuan Memanah Daerah Sepang (PMDS). ๐ŸŽฏ

Perkongsian pengalaman, ilmu dan semangat daripada seorang atlet yang telah mengharumkan nama negeri menjadi inspirasi buat pemanah-pemanah muda PMDS untuk terus berusaha, berdisiplin dan percaya pada proses.

Semoga perkongsian ini menjadi pembakar semangat untuk adik-adik PMDS melangkah lebih jauh dan mencipta kejayaan pada masa akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿน

Terima kasih Sahil Fahmi atas perkongsian dan inspirasi!
PMDS โ€” Trust the Process! ๐Ÿน๐Ÿ”ฅ

Selamat Maju Jaya buat anak-anak Sepang yang akan membawa nama Selangor ke Kejohanan Memanah SUKMA XXII 2026 yang akan b...
14/08/2026

Selamat Maju Jaya buat anak-anak Sepang yang akan membawa nama Selangor ke Kejohanan Memanah SUKMA XXII 2026 yang akan berlangsung pada 16/8/2026 - 22/8/2026๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
Semoga kejayaan milik kita.

Recurve Men
Sahil Amin bin Mohamad Syakir

Recurve Women
Amirah binti Amirullah

Compound Men
Sahil Fahmi bin Mohamad Syakir

12/08/2026

Tahniah 3 Atlet Sepang! ๐Ÿ†๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Fahmi, Amin dan Amirah, tiga atlet Sepang yang telah terpilih untuk mewakili pasukan ke SUKMA. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

Pemilihan ini merupakan hasil daripada kerja keras, disiplin, semangat juang dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini.

Semoga terus berjuang, berikan yang terbaik dan mengharumkan nama Sepang di pentas SUKMA. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ…

Tahniah Fahmi, Amin & Amirah!
Sepang bangga dengan anda! โค๏ธ๐Ÿ’ช

06/06/2026

Mohon doa dan sokongan semua buat pasukan memanah MSSM yang sedang berjuang ๐Ÿ’ช๐Ÿน
Alhamdulillah, 4 orang pemanah dari Sepang turut terlibat membawa cabaran. Semoga dipermudahkan urusan, diberikan fokus, ketenangan dan kejayaan buat semua atlet ๐Ÿคฒโœจ

02/06/2026

๐ŸŽฏ SEPANG ARCHERY FIELD CARE 2026 ๐ŸŽฏ

Alhamdulillah, program Sepang Archery Field Care 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mei 2026 di Lapang Sasar Memanah SAM, Bandar Baru Salak Tinggi. Program khidmat komuniti ini melibatkan penyertaan peserta daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Memanah Daerah Sepang (PMDS) dalam usaha memperbaiki dan mempertingkatkan kemudahan asas lapang sasar memanah demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Melalui semangat gotong-royong dan kerjasama yang tinggi, pelbagai kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan telah berjaya dilaksanakan. Program ini bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan fasiliti sukan memanah, malah turut memupuk semangat kesukarelawanan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara UPNM dan PMDS dalam usaha membangunkan komuniti memanah yang lebih mampan dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta UPNM serta Ahli Jawatankuasa PMDS yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program berimpak tinggi pada masa hadapan demi pembangunan sukan memanah dan kesejahteraan komuniti.

๐Ÿน Daripada komuniti, untuk komuniti โ€” demi kelestarian sukan memanah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepa...
24/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelajar UPNM yang telah menjalankan khidmat masyarakat di Lapang Sasar Memanah SAMBBST.

Segala usaha, tenaga dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dalam membantu menceriakan serta menambah baik kawasan lapang sasar demi manfaat bersama. Kehadiran dan semangat sukarelawan yang ditunjukkan bukan sahaja memberi impak positif kepada kemudahan sukan, malah menjadi contoh terbaik semangat bekerjasama dan prihatin terhadap komuniti.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan mendapat ganjaran yang baik serta menjadi pengalaman bermakna buat semua pelajar yang terlibat.

Terima kasih dan semoga terus maju jaya.

22/05/2026

Aktiviti ice-breaking kepada Pasukan Memanah MSSM 2026...

Latihan Pusat Fasa 1 Pasukan Memanah MSSM Selangor 2026๐Ÿ“ Lapang Sasar Memanah SAMBBSTโ€œDisiplin membentuk ketepatan, keta...
22/05/2026

Latihan Pusat Fasa 1 Pasukan Memanah MSSM Selangor 2026

๐Ÿ“ Lapang Sasar Memanah SAMBBST

โ€œDisiplin membentuk ketepatan, ketahanan membina kejayaan.โ€ ๐ŸŽฏ

Latihan Pusat Fasa 1 ini menjadi medan persediaan awal buat atlet-atlet memanah MSSM Selangor 2026 dalam memperkukuh kemahiran, meningkatkan fokus serta membina semangat berpasukan ke arah pencapaian cemerlang.

Semoga setiap anak panah yang dilepaskan menjadi simbol usaha, keyakinan dan semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama Selangor di pentas MSSM 2026. ๐Ÿ’ช๐Ÿน

Team Sepang ke Kejohanan Memanah MSSS 2026 Tahniah atas kecemerlangan atlet2 Sepang. Keep Stronger..
08/05/2026

Team Sepang ke Kejohanan Memanah MSSS 2026 Tahniah atas kecemerlangan atlet2 Sepang. Keep Stronger..

Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Akademi dan PMDS.Selepas terawih kita adakan latihan waktu malam..
07/03/2026

Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Akademi dan PMDS.Selepas terawih kita adakan latihan waktu malam..

Address

SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI
Sepang
43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Memanah Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share